Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R15 Dapat Warna Baharu Untuk 2021

Setelah memperkenalkan pilihan warna biru (Race Blu) dan hitam pada Oktober tahun lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini menambah satu lagi pilihan warna untuk YZF-R15 iaitu perak.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-5

Boleh didapati di pasaran bermula bulan ini, YZF-R15 kekal dengan enjin 155 cc silinder tunggal yang menghasilkan 19 hp pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm pada 9,000 rpm dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang mempunyai klac Assist & Slipper.

R15 mempunyai ukuran 1,990 mm panjang, 725 mm lebar dan 1,135 mm tinggi, dengan jarak roda (wheelbase) berukuran 1,325 mm. Tinggi tempat duduk adalah 830 mm, manakala kapasiti tangki bahan api adalah 11 liter. Berat motosikal ini adalah 137 kg.

Yamaha YZF-R15

Kerangka Deltabox dipadankan dengan fork teleskopik terbalik pada bahagian hadapan dan sistem gantungan link monoshock di belakang, dengan tayar berukuran 100/80-17 di hadapan dan 140/70-17 di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera pada kedua-dua bahagian.

Harga tidak berubah iaitu RM11,988 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Setiap pembelian didatangkan dengan pengunci cakera brek Yamaha bernilai RM100.

Yamaha YZF-R15
Previous post

Honda SUV e:Prototype: HR-V Versi Elektrik?

Next post

BMW M3 dan M4 Competition Kini Dengan M xDrive

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *