Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Avantiz Versi 2021 Dilancarkan

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan pilihan warna baharu untuk Yamaha Ego Avantiz. Model skuter itu pertama kali dilancarkan pada Julai 2016.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-6

Untuk model tahun 2021, Ego Avantiz boleh didapati dalam tiga warna terkini iaitu biru, merah dan hijau matte. Ketiga-tiga warna dipadankan dengan rim hitam. Bukan itu sahaja, pelekat grafiknya juga diberikan rekaan yang lebih segar.

Selain itu, spesifikasi Ego Avantiz kekal seperti sebelum ini. Ini bermakna ia masih dikuasakan oleh enjin 125 cc SOHC dengan teknologi BlueCore dan suntikan bahan api yang menghasilkan 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm pada 5,500 rpm.

Dari segi saiz, ia mempunyai ukuran panjang 1,870 mm, lebar 680 mm dan tinggi 1,070 mm, manakala ukuran tapak rodanya adalah 1,260 mm dan ketinggian tempat duduknya pula 773 mm . Menurut HLYM, berat kering model ini adalah 96 kg sahaja.

Ego Avantiz menggunakan sistem suspensi teleskopik pada bahagian depan dan suspensi monoshock pada bahagian belakang, manakala sistem brek terdiri daripada cakera tunggal hidraulik dan gelendong. Ia didatangkan dengan rim berukuran 14 inci yang dipadankan dengan tayar 70/90 di depan dan 90/80 di belakang.

Kelengkapan lain yang terdapat pada model ini termasuklah lampu LED, penanda ECO pada panel meter, sistem kunci parkir serta ruang storan berkapasiti 14 liter yang terletak di bawah tempat duduk.

Boleh didapati di pasaran bermula bulan ini, Ego Avantiz dijual pada harga RM4,873.31 (tidak termasuk cukai dan pendaftaran) dengan pengecualian duti eksais yang sah sehingga 31 Disember 2021.

Previous post

Subaru Impreza 22B STi Dijual Dengan Harga RM1.3 Juta

Next post

Nissan X-Trail Semua Baharu Dipratonton Di China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *