Berita Auto

UMW Toyota Catat Pertumbuhan Jualan 62% Bagi Suku Pertama 2021

UMW Toyota Motor mengumumkan pertumbuhan jualan yang kukuh untuk suku pertama tahun 2021 apabila mencatat jualan melebihi 17,000 unit bagi kenderaan Toyota dan Lexus. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 62 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan penguasaan pasaran sebanyak 12.1 peratus.

Menurut Toyota, dua model terlaris adalah Vios dan Hilux, yang mana menurut syarikat itu menguasai 56 peratus pasaran trak pikap tempatan. Yaris pula kekal sebagai pendahulu segmen hatchback bukan nasional dengan penguasaan pasaran sebanyak 73 peratus bagi tiga bulan pertama tahun ini. Vios dan Vios GRS pula mendapat maklum balas positif dengan jualan kira-kira 5,600 unit sejak pelancarannya.

Sementara itu, jualan GR Yaris pula melebihi jangkaan dengan hampir kesemua unit yang diperuntukkan untuk pasaran Malaysia (daripada 25,000 unit yang dihasilkan untuk pasaran global) ditempah dalam masa sebulan selepas pelancaran.

Corolla Cross yang dilancarkan pada bulan lalu mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan. Menurut laporan, versi CBU yang diimport dari Thailand telah habis dijual namun UMW Toyota masih membuka tempahan untuk model itu sementara menunggu kedatangan versi CKD yang dijangka memasuki pasaran pada suku keempat tahun ini.

Sempena musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, UMW Toyota akan mengadakan promosi ‘Countless Rewards’ untuk pelanggan membawa pulang sebuah kenderaan Toyota pada Hari Raya atau sebelum tempoh pengecualian cukai tamat. Pelanggan juga boleh menikmati bayaran ansuran yang rendah menerusi skim pembiayaan EZ Beli dan menikmati penjimatan tambahan semasa membuat penyelenggaraan dengan Toyota Service Savers.

Previous post

Keluarga Mercedes-Benz CLS Dapat Facelift Untuk Tahun 2022

Next post

Mitsubishi Motors Malaysia Lancar Triton Athlete

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *