Bisnes

Proton Commerce Sasar 20,000 Pinjaman Tahun Ini

Proton telah berjaya menunjukkan prestasi yang tinggi pada permulaan 2021 dengna jualan kumulatif suku pertama tahun berada pada paras tertinggi sejak Mac 2012, sekaligus menunjukkan minat yang kuat terhadap barisan modelnya. Kejayaan ini memberi kesan ke atas prestasi Proton Commerce yang menyasarkan rekod baharu bagi jumlah pinjaman iaitu 20,000 untuk tahun ini.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-25

Anak syarikat kewangan Proton itu telah mengalami penambahan jumlah pinjaman yang sepadan dengan peningkatan jualan kenderaan Proton. Pada 2018, sebanyak 5,410 pinjaman telah diluluskan dan jumlah ini meningkat hampir dua kali ganda ke 10,668 pinjaman pada tahun seterusnya. Walaupun industri kewangan terjejas pada 2020 akibat wabak Covid-19 dan moratorium pinjaman, Proton Commerce berjaya meluluskan 14,189 pinjaman pada tahun itu.

“Walaupun banyak sektor ekonomi terjejas akibat wabak Covid-19, sentimen pengguna bagi pembelian kenderaan tetap positif. Peningkatan kualiti, penambahan pengedar and pelancaran produk baru oleh Proton telah berjaya meningkatkan daya tarikan kepada barisan modelnya yang jelas memberi kesan kepada jumlah permohonan pinjaman yang kami terima,” Mooi Fi Phang, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce.

Selain daripada penambahan permohonan pinjaman, Proton Commerce juga melihat perubahan dalam demografi pelanggannya. Menurut Mooi, umur pembeli Proton semakin menurun, menunjukkan barisan produk sekarang berjaya menarik minat golongan muda di Malaysia. Tambah beliau lagi, sebanyak 80% pelanggan Proton Commerce memilih pelan pinjaman sewa beli selama sembilan tahun manakala jumlah pinjaman terjejas pula adalah tiga kali lebih rendah dari purata industri.

“2020 adalah satu tahun yang sukar bagi institusi kewangan kerana peruntukan kerugian perlu diambil untuk program moratorium enam bulan yang diumumkan oleh Bank Negara. Bagi Proton Commerce, kestabilan kewangan pelanggan kami bermakna hanya segelintir yang memilih untuk memohon moratorium seterusnya dan dengan penghapusan peruntukan tahun ini, kami berharap dapat menyumbang keuntungan yang baik kepada pemegang saham kami,” tambah Mooi.

Previous post

Yamaha NVX 2021 Dapat Enjin Lebih Berkuasa Dan Sistem Y-Connect

Next post

2022 Nissan GT-R Nismo Dilancarkan Di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *