Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha NVX 2021 Dapat Enjin Lebih Berkuasa Dan Sistem Y-Connect

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha NVX versi 2021 yang ditawarkan dalam dua versi iaitu Standard dan ABS. Selain itu, ia juga merupakan model Yamaha pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan ciri Y-Connect.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-25

Ciri tersebut membolehkan penunggang penunggang menyambungkan telefon pintar mereka dengan NVX. Menerusi aplikasi ini, pemilik boleh mendapatkan maklumat seperti status minyak pelincir dan bateri, penggunaan bahan api, peringatan servis serta ranking untuk prestasi kecekapan bahan api.

Sementara itu, notifikasi panggilan telefon dan mesej pula akan dipaparkan menerusi panel instrumen LCD baharu yang dikatakan serasi dengan aplikasi Y-Connect.

Seperti sebelum ini, NVX dikuasakan oleh enjin sejukan cecair silinder tunggal bersesaran 155 cc, namun kuasa telah dipertingkatkan kepada 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9 Nm pada 6,500 rpm. Bukan itu sahaja, kapasiti tangki bahan api turut meningkat dari 4.6 liter sebelum ini kepada 5.5 liter, sekaligus memberikan model ini jarak tunggangan sejauh 200 km dengan satu tangki penuh.

Versi ABS didatangkan standard dengan sistem Stop & Start yang berfungsi untuk mematikan enjin apabila skuter berhenti di lampu isyarat bagi meningkatkan lagi kecekapan bahan api. Selain itu, ia juga mendapat ciri kunci pintar dan ‘sub tank’ pada suspensi belakang.

NVX kini tampil lebih bergaya dengan fairing penuh yang diberi rekaan baharu serta lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang. Untuk pilihan warna, versi Standard ditawarkan dalam warna merah dan cyan, manakala versi ABS pula boleh didapati dalam warna Platinum SE dan GP Blue.

Harga bermula dari RM8,998 untuk NVX Standard dan RM10,998 untuk NVX ABS. Setiap pembelian didatangkan dengan kunci cakera brek.

Yamaha NVX 2021
Previous post

Pandu Uji: BMW 218i Gran Coupe M Sport

Next post

Proton Commerce Sasar 20,000 Pinjaman Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *