Cerita Auto

Mazda RX-3 Kini Berusia 50 Tahun

Ulang Tahun ke-50 kereta Mazda enjin rotary impian yang dinamakan RX-3.

Ini adalah tahunnya, 2021 menyaksikan ulang tahun ke-50 salah satu kereta sport Mazda yang paling menarik dan berjaya. Ia juga merupakan salah satu kereta Mazda yang sudah dilupakan.

Ianya dijual di Malaysia, dengan bilangan yang sangat terhad dan kadangkala dapat dilihat di bandar-bandar kecil dan di acara ‘retro havoc’. Ianya adalah kereta yang dikuasakan oleh enjin yang tidak digunakan pengeluar kereta lain.

Selau diabaikan ketika peminat kereta mencari kereta Jepun klasik untuk buat ‘mainan’ dan menyanginya, amat sukar dicari, kecuali yang berkarat dan rapuh macam cream cracker.

Tidak sleek macam RX-7 atau semewah Mazda Cosmo yang lebih rare, kami meraikan coupe Mazda RX-3. Menggantikan Mazda RX-2, kereta pacuan roda belakang ini menampilkan dua lampu depan bulat dan gril di tengah. Terdapat tingkap belakang yang condong, menjadikan kereta kelihatan lebih kecil. Di bahagian belakang, pereka Jepun memasang sepasang dual taillights.

Mazda-RX-3-73-Front-Left-Rolling-2.0
Mazda-RX-3-73-Side-Right-Rolling-3.0
Mazda-RX-3-73-Back-Left-Rolling-4.0
Mazda-RX-3-73-Steering-Seat-5.0
Mazda-RX-3-73-Centre-Console-6.0
Mazda-RX-3-73-Speedo-7.0
Mazda-RX-3-73-Steering-8.0
Mazda RX-3_side view mirror
Mazda-RX-3-73-Name-Badge-11.0

Di dalam Mazda ini ada tempat duduk yang dibalut vinil dengan “pleats” dan emblems. Instrumentasi lengkap dengan dua dial utama dalam kelompok instrumen, dan empat alat pengukur tambahan dipasang tinggi di tengah. Pereka Jepun meletakkan radio di atas sistem HVAC. Mereka juga memasang lencana di tengah stereng tiga-spoke dengan bentuk segitiga bulat piston enjin rotary Wankel.

RX-3 coupe adalah kereta mercu tanda dalam sejarah Mazda yang merupakan kereta yang mengukuhkan hubungan Mazda dengan enjin rotary di dalam dan luar negara, sementara kejayaan eksportnya membantu meletakkan Mazda di atas peta sebagai syarikat automotif global.

Bukan itu saja, kejayaannya di arena lumba membuka jalan untuk pencapaian RX-7 yang lebih terkenal kemudian hari. Pada saat pengeluaran berakhir pada tahun 1978 di mana sejumlah 286,757 unit RX-3 ini telah dihasilkan, menjadikannya Mazda berkuasa rotary yang terlaris selepas RX-7.

Terdapat juga ‘versi keluarga’ dari RX-3 dengan nama Mazda 808 dan agak popular di Malaysia dengan keluarga kelas menengah dan masih dapat dilihat hari ini berkeliaran di bandar-bandar kecil dan disimpan baik oleh beberapa pengumpul kereta JDM .

Dilancarkan pada bulan September 1971, Mazda ini tiba sebagai coupe, saloon dan ada juga model station wagon. Pada tahun 1973, coupe RX-3 tiba yang dilengkapi dengan enjin rotary 982cc 110bhp 10A dan memberikan prestasi 0-60mph dalam 10.2 saat dan ia dipuji kerana penukaran gear yang licin, kualiti binaan yang kukuh dan kawalan pemanduan yang bagus.

Menguji enjin piston 4 silinder 1,272cc yang menghasilkan 81 bhp, Mazda 808 Saloon mencatatkan masa yang lebih santai dengan 15.3 saat untuk pecutan 0-60mph, sementara penggunaan bahan bakar adalah 32.7mpg yang menonjolkan kemampuan enjin piston yang lebih menjimatkan berbanding enjin rotary.

Menggunakan suspensi depan bebas dengan coil spring sementara belakangnya adalah live axle dengan semi-elliptic leaf spring, sayangnya ini bukan coupe berpengendalian terbaik. Brek menggunakan cakera di bahagian depan dan dram di bahagian belakang.

Hari ini, mencari unit terpakai yang telah dibaik pulihkan sepenuhnya boleh menelan belanja antara RM30,000 hingga tinggi RM45,000. Unit berjalan yang berkarat boleh dibeli dari RM2,000 dan mungkin memerlukan kos yang tinggi untuk dipulihkan.


Previous post

Bugatti Divo Lady Bug Adalah Kereta One-Off Pelanggan

Next post

Porsche Taycan Cross Turismo - Wagon Elektrik Yang Lasak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *