Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Porsche Taycan Cross Turismo – Wagon Elektrik Yang Lasak

Porsche telah memperkembangkan barisan model elektrik mereka dengan pengenalan model baharu yang dikenali sebagai Taycan Cross Turismo. Menurut Porsche, ia dibangunkan sebagai versi off-road yang versatil.

Seperti yang boleh dilihat, Taycan Cross Turismo boleh dibezakan menerusi bentuk badan wagon dengan garis bumbung menjunam yang digelar sebagai “flyline” oleh jurureka Porsche. Reka bentuk ini memberikan ruang lega kepala yang lebih luas (+47 mm) untuk penumpang belakang, serta kapasiti muatan sehingga 1,200 liter.

Menggunakan teknologi elektrik 800 volt dan bateri 93.4 kWj yang sama seperti Taycan, Cross Turismo boleh didapati dalam empat varian iaitu:

  • Taycan 4 Cross Turismo dengan 280 kW (380 PS), kuasa overboost untuk Launch Control 476 PS, pecutan 0-100 km/j dalam 5.1 saat, kelajuan maksimum 220 km/j, jarak (WLTP) 389 – 456 km.
  • Taycan 4S Cross Turismo dengan 360 kW (490 PS), kuasa overboost dengan Launch Control 420 kW (571 PS), pecutan 0-100 km/j dalam 4.1 saat, kelajuan maksimum 240 km/j, jarak (WLTP) 388 – 452 km.
  • Taycan Turbo Cross Turismo dengan 460 kW (625 PS), kuasa overboost dengan Launch Control 500 kW (680 PS), pecutan 0-100 km/j in 3.3 saat, kelajuan maksimum 250 km/j, jarak (WLTP) 395 – 452 km.
  • Taycan Turbo S Cross Turismo dengan 460 kW (625 PS), kuasa overboost dengan Launch Control 560 kW (761 PS), pecutan 0-100 km/h in 2.9 saat, kelajuan maksimum 250 km/j, jarak (WLTP) 388 – 419 km.

Keempat-empat varian didatangkan standard dengan pacuan semua roda (AWD), sistem suspensi udara adaptif serta mod pemanduan Gravel yang ditala khas untuk permukaan jalan yang mencabar. Untuk meningkatkan prestasi pemanduan off-road, pelanggan boleh mendapatkan pakej Off-road Design yang meningkatkan jarak lega tanah sebanyak 30 mm.

Pakej itu turut menyertakan flap pada sudut bampar hadapan dan belakang, serta bahagian hujung skirt sisi. Ia bukan sahaja membuatkan jentera ini nampak lebih lasak, malah melindungi badan daripada batu.

Selain itu, Porsche turut mereka rak basikal yang boleh memuatkan sehingga tiga buah basikal pelbagai jenis dan saiz.

Menurut pengedar rasmi Porsche di Malaysia iaitu Sime Darby Auto Performance (SDAP), Taycan Cross Turismo kini dibuka untuk pra-tempahan di semua Porsche Centre di seluruh negara. Ia dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Previous post

Mazda RX-3 Kini Berusia 50 Tahun

Next post

Porsche 911 Ini Direstorasi Oleh Gunther Werks

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *