Cerita Auto

Toyota Yaris Cross Adventure Khas Untuk Eropah

Toyota telah memperkenalkan Yaris Cross Adventure, varian baharu crossover kompak itu yang dihasilkan khas untuk mereka yang inginkan penampilan lebih ‘rugged’ serta pemanduan yang lebih lasak.

Untuk itu, Yaris Cross Adventure dilengkapi dengan komponen-komponen tambahan seperti plat perlindungan pada bahagian bawah bampar hadapan dan belakang, rel bumbung serta rim berukuran 18 inci berwarna kelabu gelap.

Ruang dalaman pula menampilkan trim piano hitam, pelapik bumbung hitam dan upholsteri ala kulit pada tempat duduk. Sebagai pelengkap, terdapat jalur Warm Gold yang menghiasi papan pemuka dan panel pintu, manakala stereng dan gear diberi balutan kulit. Paparan infotainmen berukuran sembilan inci dengan Toyota Smart Connect dikekalkan.

Untuk 12 bulan pertama penjualan, Toyota akan menawarkan Yaris Cross Adventure Premiere Edition yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti upholsteri kulit, rim aloi 18 inci, tailgate berkuasa dengan sensor kaki, paparan ‘head up’ serta pilihan warna dua tona.

Bagaimanapun, selain penambahan-penambahan ini, Yaris Cross Adventure tidak mendapat sebarang penambahan berkaitan aspek mekanikal. Ini bermakna crossover berasaskan platform TNGA itu kekal dengan enjin hibrid 1.5-liter yang menghasilkan 116 hp, serta pilihan sistem pacuan semua roda i-AWD.

Ciri-ciri bantuan pemandu yang disertakan termasuklah kamera panorama 360 darjah, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert with Automatic Braking serta Intelligent Clearance Sonars with Automatic Braking.

Dibangunkan khas untuk pasaran Eropah, Yaris Cross Adventure dibuka untuk tempahan bermula suku kedua tahun ini.

Previous post

Rolls-Royce Ghost Dilancarkan Di Malaysia

Next post

Kia EV6 - Crossover Elektrik Dengan 577 hp, 740 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *