Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Pulsar RS200 Dapat 3 Warna Baharu – RM9,990

Diperkenalkan buat pertama kali pada Mei 2017, model ‘street bike’ daripada MODENAS iaitu Pulsar RS200 kini boleh didapati dalam tiga warna baharu iaitu Pearl Metallic White, Pewter Grey dan Burnt Red Matte.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-31

Tidak cukup dengan itu, ia juga didatangkan dengan rim aloi putih, kemasan karbon pada bahagian hadapan dan fender belakang, serta logo Pulsar pada tempat duduk.

Seperti sebelum ini, Pulsar RS200 dikuasakan oleh enjin sejukan cecair DTS-i 4-lejang SOHC-4 injap yang mampu menghasilkan 24.5PS dan 18.6Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan tangki bahan api 13 liter untuk jarak tunggangan yang jauh.

Selain itu, motosikal ini didatangkan dengan penyerap teleskopik di bahagian hadapan, yang dilengkapi dengan anti geseran dan penyerap hentak Nitrox di bahagian belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera berukuran 300 mm di hadapan dan 230 mm di belakang, lengkap dengan ciri ABS.

Harga jualan yang disyorkan untuk Pulsar RS200 2021 adalah RM9,990 (tanpa insurans dan cukai jalan). Model ini boleh didapati di semua wakil pengedar MODENAS yang sah mulai 26 Mac 2021.

Previous post

Insiden SUKE: LLM Arah Henti Kerja Pembinaan, Periksa Gantri Dan Rasuk

Next post

Litar Antarabangsa OPen Road Langkawi Bakal Dibuka Pada 2023

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *