Cerita Auto

Mercedes-AMG A45S 4Matic + Edition 1 Habis Dijual Dan Tidak Akan Ditambah Lagi

Don’t be khuatir kerana ianya akan digantikan dengan A45S ‘biasa’, yang sama kompetennya

Apparently, Mercedes-Benz Malaysia sudah habis jual Mercedes-AMG A45S 4Matic + Edition 1, kira-kira sembilan bulan selepas debutnya di peringkat tempatan. Sebagai pengganti, syarikat ini menawarkan versi biasa yang dilengkapi dengan tanda harga yang murah sedikit iaitu RM427,673 (OTR tanpa insuran).

Jangan biarkan ketiadaan “Edition 1” mengecewakan anda kerana ia masih kereta sama, walaupun dengan sedikit perubahan dalam spesifikasi. Sudah tentu, pelekat pilihan tidak lagi ada tetapi anda masih mendapat pakej AMG Aerodinamik dan AMG Night yang bergaya, serta roda aloi ringan five-twin-spoke 19-inci dengan warna hitam matte.

Mercedes-AMG-A-45-4MATIC-cockpit-3.0

Sama seperti Edisi 1, anda akan dapat tempat duduk dan roda stereng AMG Performance, kedua-duanya dibalut dengan kulit dan gentian mikro Dinamica, tali pinggang keledar merah designo dan banyak item dengan lencana AMG. Sebenarnya, ada kemungkinan anda tidak dapat membezakan antara model A45S standard dan Edition 1.

Mercedes-AMG-A-45-4MATIC-enjin-4.0

Di bawah hood, enjin empat silinder turbocharged 2.0 liter yang hebat mengekalkan output yang mengagumkan 421 hp pada 6,750 rpm dan 500 Nm dari 5,000 – 5,250 rpm. Terima kasih kepada kotak gear klac dwi kelajuan AMG Speedshift dan sistem pacuan semua roda 4Matic +, hot hatch mampu memecut 0-100 km / j dalam 3.9 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 270 km / j.

Mercedes-AMG-A-45-4MATIC-back-left-5.0

Senarai peralatan lain termasuk:

2021 Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+

Transmisi & Teknologi       
Enjin petrol 2.0 L 4 Turbocharged
AMG DYNAMIC SELECT
Suspensi AMG ride control
AMG SPEEDSHIFT DCT 8G
Pakej Driver AMG
Ciri Luar
Roda aloi ringan 48.3 cm (19-inch) AMG 5-twin-spoke
Pakej Aerodinamik AMG
AMG Bodystyling
Pakej Malam AMG
Cermin luaran lipat elektrik dan boleh laras
MULTIBEAM LED
Kaliper brek dicat merah
Ciri Dalaman & Keselesaan
Lampu ambient
Panels sill pintu AMG dengan tulisan »AMG« bercahaya
Lapik lantai AMG
Kerusi prestasi AMG
Stereng prestasi AMG dalam kulit nappa microfiber DINAMICA
Butang stereng AMG
Tali keledar designo merah
Trim aluminium grain longitudinal ringan
Pemegang dwi cup
Tempat duduk depan elektrik boleh laras dengan fungsi memori
Kawalan suhu THERMOTRONIC automatik
Pengelap cermin depan dengan sensor hujan
Pakej Keselamatan & Bantuan
Active Brake Assist
Active Lane Keeping Assist
Active Parking Assist with PARKTRONIC
Sistem Anti-theft alarm
Blind Spot Assist
KEYLESS-GO
Sistem KneebagPRE-SAFE®
Reversing camera
TIREFIT
Sistem tyre pressure monitoring
Sidebags belakang
Indicator status tali keledar belakang
Penyahaktifan beg udara penumpang hadapan automatik
Sistem Multimedia
Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz
Paparan instrumen semua digital
Pace trek AMG
Android Auto
Apple CarPlay
Sistem bunyi surround Burmester®
Modul komunikasi (LTE) untuk penggunaan perkhidmatan Mercedes me connect
Maklumat Lalu Lintas Langsung
Navigasi hard-disc
Head up display
Sistem multimedia MBUX
Enjin start MBUX
Start enjin remote
Integrasi telefon pintar
Pad sentuh tanpa Controller
Sistem wireless charging untuk alatan mudah alih

Previous post

Fiat 500 Capai Tonggak Pengeluaran 2.5 Juta Unit

Next post

Geely Xing Yue L SUV Dilengkapi Dengan Sistem 5G-AVP 1km

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *