Motosikal / Lain Lain Roda

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” Dilancarkan

BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu sempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 model GS.

Model edisi terhad ini didatangkan standard dengan pakej Comfort, Touring, Dynamic dan Active yang merangkumi pelbagai kelengkapan tambahan.

Antaranya adalah lampu utama LED dengan Daytime Running Light, lampu indikator LED, rim berwarna emas, tongkat utama, tiub fork berwarna hitam dan pelitup radiator bersadur.

Di belakang, terdapat rak muatan serta tempat duduk berwarna hitam/kuning lengkap dengan logo GS. Model ini didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu Black Storm Metallic dengan elemen-elemen rekaan berwarna kuning.

Kuasa dibekalkan oleh enjin sejukan cecair dua silinder sebaris bersesaran 853 cc yang menghasilkan 95 hp pada 8,250 rpm dan 92 Nm tork pada 6,250 rpm.

Sementara itu, sistem elektronik pula terdiri daripada ciri-ciri seperti Dynamic Traction Control, Dynamic Electronic Suspension Adjustment, Riding Modes Pro dengan Dynamic Engine Brake Control dan Shift Assistant Pro, serta ABS Pro.

Sebagai sebuah motosikal pengembaraan, F 850 GS “40 Years GS Edition” juga didatangkan dengan Cruise Control, Keyless Ride dan sistem pemantauan tekanan tayar.

Turut disertakan adalah skrin TFT 6.5 inci yang memaparkan pelbagai info dengan jelas walaupun dalam kondisi pencahayaan yang mencabar. Ia dilengkapi dengan ciri Connectivity secara standard.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, berserta waranti dan program bantuan tepi jalan selama tiga tahun) bagi F 850 GS “40 Years GS Edition” adalah RM85,500.

Dengan pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, ia boleh dimiliki dengan ansuran bulanan dari RM1,040. Pemilik juga boleh menikmati manfaat-manfaat tambahan seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti dari BMW Motorrad Malaysia.

Previous post

Tesla Kembali Ke Singapura

Next post

Audi e-tron GT Hadir Sebagai Pesaing Tesla Model S

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *