Gaya Hidup

Toyota Lancar Program Langganan Kenderaan Kinto One

Toyota Capital Malaysia telah melancarkan program langganan kenderaan mereka iaitu Kinto One. Ia merupakan sebuah medium baharu yang membolehkan pelanggan memiliki kenderaan tanpa perlu terbeban dengan kaedah pembelian sewa-beli kenderaan tradisional.

Menurusi program ini, pelanggan hanya perlu membuat bayaran ansuran bulanan tetap yang sudah merangkumi kos pendaftaran kenderaan, insurans komprehensif tahunan dan cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan.

Tempoh langganan yang ditawarkan bermula dari dua hingga tiga tahun dan selepas ia tamat, pelanggan hanya perlu memulangkan kenderaan terbabit kepada Toyota Malaysia dan selebihnya akan diuruskan sewajarnya.

Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai berkata, “KINTO ONE merupakan hasil daripada kerjasama strategik antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor dan direka secara khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup generasi baru berkaitan mobiliti.”

“Ia adalah mengenai peralihan tingkah laku pelanggan daripada pemilikan kenderaan kepada penggunaan kenderaan. Ia juga selari dengan visi “Mobility for All” Toyota,” tambah beliau.

Pelanggan Kinto One tidak perlu risau kerana semua servis akan dikendalikan oleh pengedar sah Toyota menggunakan alat ganti tulen. Bukan itu sahaja, semua pelanggan juga dilindungi di bawah insurans takaful komprehensif dengan bantuan kecemasan 24 jam.

Program langganan Kinto One boleh didapati secara dalam talian menerusi www.kinto-one.com. Setakat ini, ia ditawarkan untuk Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry. Menurut Toyota Capital Malaysia, banyak lagi model lain akan disertakan termasuk Lexus.

Previous post

Kenderaan yang Diimport Di Filipina Sekarang Kena Tarif

Next post

Pusat Servis, Pengedar Volkswagen Beroperasi Seperti Biasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *