Promosi / Tawaran / Peraduan

MINI Countryman SE Ditawarkan Dengan Kadar Faedah 0%

Bagi memanfaatkan pelanjutan pengecualian cukai jualan kenderaan yang diumumkan tahun lalu, MINI Malaysia telah melancarkan program baharu yang menawarkan penjimatan untuk Countryman SE dan beberapa model MINI yang lain.

Menerusi program tersebut, semua pemilik baharu Countryman SE layak menikmati kadar faedah serendah 0% (berdasarkan Straight Line Financing), pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,678, dan waranti bateri voltan tinggi bertempoh lapan tahun.

Bukan itu sahaja, mereka yang membeli Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MSRI) yang bertempoh empat tahun juga layak menerima tawaran lanjutan tempoh selama setahun bagi program tersebut.

Program ini berlangsung mulai hari ini sehingga 31 Mac 2021. Selain Countryman SE, ia juga menawarkan penjimatan bagi model-model MINI lain seperti MINI 3 Door, MINI 5 Door, MINI Clubman, serta MINI Countryman. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di: https://www.mini.my/sstsavingsspree.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Tahun 2021 mempersembahkan peluang baharu, dan kami berbesar hati untuk meletakkan MINI Countryman SE sebagai peneraju program kami yang terkini.

Previous post

Ini Dia BMW R 18 Buatan Khas Kingston - "Spirit Of Passion"

Next post

Imej Teaser Hyundai Bayon Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *