Berita Auto

Imej Teaser Hyundai Bayon Didedahkan

Hyundai Motor telah menyiarkan imej teaser bagi crossover segmen B terbarunya yang akan datang iaitu Bayon. Ia nampaknya sedikit sebanyak diinspirasikan oleh Kona dengan rekaan lampu berkembar pada bahagian hadapan.

Seperti yang boleh dilihat, lampu hadapan Bayon dibahagikan kepada dua dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang langsing dan tajam pada bahagian atas, dan lampu utama yang diintegrasikan pada bampar.

Ia juga dilihat mempunyai bukaan gril yang agak luas untuk sebuah crossover kompak. Menurut Hyundai, Bayon merupakan terbaru syarikat itu yang direka berdasarkan konsep Sensuous Sportiness.

Persamaan antara Bayon dan Kona berakhir di situ sahaja kerana di belakang, model baharu ini mempunyai lampu berbentuk kepala anak panah (‘boomerang’ pun ya juga) yang dihubungkan oleh jalur nipis, sekaligus membuatkannya tampil lebih lebar.

Maklumat lanjut mengenai Bayon akan didedahkan dalam minggu-minggu mendatang. Ia akan didedahkan sepenuhnya untuk pasaran Eropah pada separuh pertama tahun ini.

Previous post

MINI Countryman SE Ditawarkan Dengan Kadar Faedah 0%

Next post

Porsche Taycan RWD Akan Ke AS Dengan Harga Model S Tesla

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *