Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Porsche Taycan ‘Entry Level’ Sah Masuk Malaysia

Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini mengesahkan bahawa Porsche Taycan ‘entry level’ yang diperkenalkan baru-baru ini akan dilancarkan di Malaysia pada suku kedua tahun ini.

Menyertai barisan Taycan sedia ada yang terdiri daripada varian 4S, Turbo dan Turbo S, Taycan versi pacuan roda belakang (RWD) ini akan dijual pada harga RM584,561 dengan pengecualian cukai jualan yang telah dilanjutkan sehingga 30 Jun. Bermula Julai, harga kereta sport elektrik itu akan bermula dari RM605,000.

Taycan didatangkan standard dengan Performance Battery berkapasiti 79.2 kWh yang memberikannya 408 PS dengan Overboost dan jarak pemanduan sejauh 431 km. Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih Performance Battery Plus berkapasiti 93.4 kWh yang akan membekalkan 476 PS dan jarak pemanduan sehingga 484 km.

Dari segi prestasi, Taycan boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 230 km/j, sama ada dengan Performance Battery atau Performance Battery Plus. Kedua-duanya boleh dicas dari lima hingga 80% dalam tempoh 22.5 minit. Pengecasan selama lima minit akan memberikan jentera itu jarak pemanduan tambahan sejauh 100 km.

Selain itu Performance Battery Plus, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan paparan ‘head up’ berwarna, pengecas on-board berkapasiti 22 kW, sistem brek Porsche Surface Coated Brake (PCSB) serta sistem suspensi udara dengan peredam elektronikPorsche Active Suspension Management (PASM).

Menurut SDAP, Taycan akan menampilkan kelengkapan terkini seperti yang disertakan pada varian-varian lain semasa pertukaran model tahun. Ini termasuk lampu LED, rim Aero 19 inci yang turut digunakan oleh Taycan 4S, paparan berukuran 10.9 inci serta upholsteri separa kulit.

Previous post

Gunakan Diesel Euro 5 Berkualiti Tinggi Untuk Ford Ranger Raptor Kesayangan Anda

Next post

VinFast Vietnam Mengumumkan 3 SUV Elektrik Panduan Kendiri

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *