Berita Auto

Kenali Warna-Warna Merah Ferrari

Umum mengetahui bahawa Ferrari amat sinonim dengan warna merah atau dalam bahasa Itali, ‘rosso’. Tetapi tahukah anda terdapat lebih dari satu jenis warna merah yang ditawarkan oleh pengeluar supercar itu? Siri video yang dimuat naik oleh Ferrari ini memberikan penerangan mengenai setiap warna merah yang digunakan pada model-model mereka.

Rosso Mugello

Rosso Mugello merupakan salah satu daripada warna merah paling gelap yang ditawarkan oleh Ferrari. Ia dinamakan sempena litar lumba Mugello milik Ferrari di Tuscany, yang menjadi lokasi ujian bagi perlumbaan Formula 1.

Rosso California

Rosso California direka bagi meraikan reka bentuk Ferrari California yang elegan. Warna ini mempunyai rona merah yang kaya yang menjadikannya pilihan tepat untuk mereka yang gemarkan gaya hidup di tepi pantai.

Rosso Portofino

Direka sempena pelancaran Ferrari Portofino pada 2017, warna merah Rosso Portofino menampilkan tiga lapisan tona (triple coat shade) yang sesuai digayakan di bandar Italian Riviera sama ada pada waktu siang atau malam.

Rosso Scuderia

Warna yang paling sesuai untuk adrenalin, Rosso Scuderia adalah lambang kemuncak penglibatan Ferrari dalam Formula 1. Kegembiraan, kemenangan dan detik-detik Scuderia Ferrari diekspresikan dalam warna ini.

Rosso Dino

Menampilkan rona separa-jingga, Rosso Dino adalah legasi yang terlahir dari salah satu model klasik Ferrari iaitu Dino 206 GT.

Rosso 70 Anni

Warna ini direka pada 2017 sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun Ferrari yang ke-70. Ia membuat kemunculan sulungnya pada model Ferrari 812 Superfast.

Rosso Corsa Met

Merupakan warna yang terang dan berani, Rosso Corsa Met diperkenalkan pada 2015 menerusi pelancaran Ferrari 488 GTB. Ia sesuai dipadankan dengan model-model yang mengetengahkan deruan adrenalin ketika memandu di litar atau jalan raya.

Rosso Corsa

Rosso Corsa melambangkan DNA perlumbaan yang telah memacu Ferrari sejak berdekad lamanya.

Anda juga boleh melihat proses mengecat kereta Ferrari menerusi video ini:

Previous post

Subaru Beli 9 Juta Saham Toyota

Next post

Festival Toyota Gazoo Racing Musim Ke-4 Ditunda Akibat PKP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *