Sukan

Festival Toyota Gazoo Racing Musim Ke-4 Ditunda Akibat PKP

Berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 4 Februari 2021, UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan Pusingan 1 Musim Keempat Toyota Vios Challenge akan ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak. Pusingan pembuka tirai perlumbaan ‘one make’ itu dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Januari 2021 di Litar Antarabangsa Sepang.

Menurut UMW Toyota Motor, pihak mereka sentiasa berhubung rapat dengan Kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan dalam memantau perkembangan pemulihan daripada peningkatan kes harian yang berlaku ketika ini dan berharap dapat memulakan musim perlumbaan terbaru ini secepat mungkin.

“Perlumbaan tersebut perlu dan akan diteruskan, tetapi tidak sehingga kita bersama-sama berhasil membendung ancaman Covid-19 agar keselamatan semua orang termasuk pelumba, ahli pasukan, pegawai bertugas, penonton serta semua pihak berkepentingan yang lain terjamin,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor (M) Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.

Musim keempat Festival Toyota Gazoo Racing menjanjikan aksi dan penganjuran yang lebih menarik dengan pengenalan tiga siri perlumbaan berasingan iaitu Toyota Vios Challenge, Gazoo Racing Vios Sprint dan Gazoo Racing Enduro Cup.

Peningkatan penyertaan oleh pelumba muda dalam siri ini sepanjang tiga musim lalu juga telah mendorong Toyota untuk memperkenalkan Gazoo Racing School serta Rookie Class dalam Toyota Vios Challenge bagi pemandu berumur 14 hingga 20 tahun.

Previous post

Kenali Warna-Warna Merah Ferrari

Next post

Gunakan Diesel Euro 5 Berkualiti Tinggi Untuk Ford Ranger Raptor Kesayangan Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *