Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Hyundai Dedah Gambar Acah Ioniq 5

Hyundai telah memulakan kempen ‘teaser’ bagi model pertamanya yang menggunakan Electric-Global Modular Platform (E-GMP) iaitu Ioniq 5. Gambar-gambar yang disiarkan ini sedikit sebanyak memperlihatkan reka bentuk kenderaan elektrik itu.

Nampaknya reka bentuk luaran Ioniq 5 tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan kereta konsep Hyundai 45 yang diperkenalkan pada 2019. Direka menggunakan bahasa reka bentuk Parametric Pixels, model ini tampil kemas dan futuristik dengan lampu piksel dan hud ‘clamshell’.

Namun elemen paling menarik yang terdapat pada Ioniq 5 adalah rim aerodinamik berukuran 20 inci yang turut direka berdasarkan konsep Parametric Pixels. Menurut Hyundai, ia merupakan rim paling besar pernah dipasang pada kenderaan elektrik keluaran syarikat itu.

Perincian teknikal model ini masih belum diumumkan namun Hyundai mendedahkan bahawa ia mempunyai ciri pengecasan pantas yang boleh memberikan jarak pemanduan sejauh 100 km dalam masa hanya lima minit. E-GMP adalah platform pacuan roda belakang, namun sifat modularnya membolehkan ia menampung motor elektrik pada gandar hadapan untuk model pacuan semua roda.

Selain itu, terdapat juga teknologi Vehicle to Load (V2L) yang boleh dijadikan sebagai bekalan kuasa untuk pelbagai peralatan elektrik seperti ketuhar, radio dan sebagainya.

Previous post

Porsche Meraikan Ulang Tahun ke-25 Boxster Dengan Model Khas

Next post

Ultraviolette F77 - Satu Lagi Motosikal Elektrik Dari India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *