Berita Auto

GoCar Subs Lancar City, Almera Turbo, X50 Dan Xpander

GoCar Subs telah melancarkan empat model terkini bagi program langganan kereta mereka. Model-model tersebut adalah Honda City, Nissan Almera Turbo, Proton X50 dan Mitsubishi Xpander.

Pengenalan model-model tersebut adalah sejajar dengan komitment GoCar Subs untuk menawarkan alternatif yang lebih praktikal dan mampu milik berbanding pinjaman sewa beli konvensional.

Model-model tersebut ditawarkan di bawah kategori Exec dengan struktur ‘Satu Harga’, di mana pelanggan boleh memilih untuk melanggan selama satu, dua atau tiga tahun dengan kadar bayaran bulanan seperti berikut:

Oleh kerana bayaran bulanan tersebut sudah merangkumi pelbagai kos berkaitan seperti cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan, pelanggan akan menikmati lebih banyak penjimatan apabila mereka memilih GoCar Subs.

Jadual berikut memperincikan kos keseluruhan tahun pertama untuk langganan selama 36 bulan berbanding pinjaman sewa beli selama lima tahun:

Bukan itu sahaja, pelanggan juga tidak perlu risau terikat dengan tempoh pinjaman sewa beli yang lama dan kos susut nilai kenderaan mereka.

Previous post

Cip ABT Ini Meningkatkan Kuasa 1.5 TSI Kepada 190hp, 290Nm

Next post

Pelaksanaan Penjenamaan Semula Lengkap Kia Dijelaskan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *