Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Kriss 110 Kini Dengan Brek Cakera

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) menutup tirai 2020 yang mencabar dengan pelancaran varian baharu Modenas Kriss 110 yang dilengkapi dengan brek cakera.

Menurut Modenas, varian ini dilengkapi dengan beberapa peningkatan pada model Kriss 110 yang dilancarkan pada September 2019. Antaranya adalah ciri-ciri keselamatan yang lebih baik serta gaya yang dikemas kini.

Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan brek cakera dengan angkup piston berkembar pada bahagian hadapan dan brek drum pada bahagian belakang. Ia direka dengan penyerap hentak berkembar, tayar tanpa tiub dan juga sport rim.

Penampilan juga dipertingkatkan dengan lampu hadapan jenis multi-reflector baharu dan rekaan grafik yang lebih menarik, di samping penutup enjin berwarna Titanium Grey dan pelindung ekzos.

Untuk kemudahan penunggang, terdapat meter minyak dan indikator gear digital, soket pengecas USB dan ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter. Turut disertakan adalah lampu kecemasan yang boleh digunakan semasa kecemasan atau ketika berhenti di tepi jalan.

Seperti sebelum ini, Kriss 110 dikuasakan oleh enjin 4-lejang, SOHC, silinder tunggal dengan karburator dan sejukan udara yang menghasilkan kuasa maksimum 4.9kW dan 6.7 Nm.

Kriss 110 varian brek cakera dijual pada harga RM3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Ia didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Model RHD Hyundai Kona Facelift Sedia Untuk Pasaran UK

Next post

Tidak Kurang 8 Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Dari Mercedes Menjelang 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *