Berita Auto

Beli Ford Explorer Percuma Sony PS5!

Selalunya, apabila seseorang itu membeli sebuah kereta baru, mereka akan menerima ‘hadiah’ dalam bentuk pakej filem cermin, baucar, barangan seperti payung, baju, rantai kunci dan sebagainya.

Bagaimanapun, Ford Sepanyol melakukan sedikit kelainan dengan menawarkan sebuah Sony PlayStation 5 (PS5) bagi setiap pembelian model Explorer. Menurut Ford, tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2021 atau sehingga stok masih ada.

Dilancarkan ke pasaran sejak November lalu, PS5 merupakan permainan konsol terkini dan tercanggih keluaran Sony yang menawarkan Solid State Drive (SSD) berkelajuan tinggi dan resolusi 4K dengan paparan sehingga 120 bingkai sesaat. Ia boleh didapati dalam dua versi iaitu versi yang mempunyai pemacu cakera optik Blu-Ray dan versi Digital untuk muat turun digital.

Sementara itu, Explorer pula adalah SUV saiz pertengahan Ford yang dijual di benua Amerika dan juga Eropah. Kini dalam generasi keenam, model itu boleh didapati dengan enjin EcoBoost 2.3-liter empat silinder dan 3.0-liter V6, serta versi hibrid plug-in dan ST yang berprestasi tinggi.

Tidak dapat dipastikan sama ada strategi unik ini dapat membantu meningkatkan jualan Explorer di Sepanyol atau pun tidak namun ia sekurang-kurangnya dapat menarik perhatian orang ramai.

Previous post

ABT Hasilkan Pakej Talaan Untuk Audi S3

Next post

Bentley Bacalar Dalam Fasa Ujian Terakhir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *