Berita Auto

Mitsubishi Bakal Perkenal Eclipse Cross Facelift

Keputusan Mitsubishi untuk melahirkan semula Eclipse sebagai sebuah crossover mungkin menimbulkan reaksi negatif sesetengah pihak, namun di sebalik itu, model tersebut tetap diterima baik di pasaran. Oleh itu, syarikat itu telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan Eclipse Cross versi facelift tidak lama lagi.

Menurut Mitsubishi, Eclipse Cross facelift merupakan sebahagian daripada portfolio baharu yang disasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Ia dijangka memasuki pasaran negara itu menjelang suku pertama tahun hadapan.

Dari segi penampilan, Mitsubishi mendedahkan bahawa Eclipse Cross akan hadir dengan reka bentuk bahagian hadapan dan belakang yang telah diubah secara radikal yang membuatkannya kelihatan lebih mewah dan bertenaga. Ia juga dikatakan bakal ditawarkan dengan teknologi hibrid plug-in terkini, namun maklumat ini belum disahkan oleh syarikat itu.

Eclipse Cross

Diperkenalkan pada peringkat global pada 2017, Eclipse Cross merupakan model crossover kompak yang menampilkan gabungan reka bentuk ala coupe dengan kebolehan SUV. Ia boleh didapati dengan enjin petrol 1.5-liter turbo yang dipadankan dengan CVT atau enjin turbodiesel 2.2-liter dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Previous post

Mercedes-Benz G350d Kini di Malaysia

Next post

Peugeot Bekerjasama Dengan Total Untuk Membangunkan Hypercar Le Mans

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *