Berita Auto

Maserati Perkenal Enjin ‘Nettuno’ Untuk MC20

Maserati MC20 yang akan diperkenalkan secara rasmi pada September ini akan dikuasakan oleh enjin yang digelar sebagai Nettuno.

Dibangunkan sepenuhnya oleh Maserati di Modena, enjin serba baharu itu mempunyai sesaran 3.0-liter dan enam silinder yang disusun dalam konfigurasi V 90 darjah.

Nisbah mampatan enjin ini adalah 11:1, manakala gerek (bore) 88 mm dan lejang (stroke) adalah 82 mm. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dua pengecas turbo dan sistem ‘dry sump’ yang biasa digunakan oleh supercar. Berat keseluruhannya adalah kurang 220 kg.

Hasilnya, Nettuno menjana kuasa sebanyak 630 PS pada 7,500 rpm dan 730 Nm dari 3,000 rpm. Secara spesifiknya, ia menghasilkan 210 PS bagi setiap liter! Untuk perbandingan, jumlah ini lebih tinggi berbanding enjin 3.9-liter twin-turbo V8 pada Ferrari 488 GTB yang menghasilkan 172 PS setiap liter.

Menurut Maserati, Nettuno menggunakan sistem pembakaran pra-kebuk dengan palam pencucuh kembar yang diinspirasikan oleh Formula 1. Ini merupakan kali pertama teknologi tersebut digunakan pada enjin kereta jalanan.

Bukan itu sahaja, enjin tersebut juga mempunyai palam pencucuh lateral dan sistem suntikan berkembar yang ditugaskan untuk membekalkan bahan api pada tekanan 350 bar, di samping mengurangkan emisi dan penggunaan bahan api.

Previous post

Honda Civic Terus Dahului Segmen C

Next post

Suzuki Across Adalah SUV Hibrid 'Rebadge' Dari Toyota RAV4

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *