Berita Auto

Honda Civic Terus Dahului Segmen C

Honda Malaysia mengumumkan bahawa Honda Civic facelift yang dilancarkan pada Februari lalu kekal sebagai pendahulu segmen C dengan jualan melebihi 2,900 unit di seluruh negara.

Model itu berjaya mencapai pengusaan pasaran sebanyak 70% dalam segmen itu dan ia juga merupakan model ketiga terlaris bagi Honda Malaysia.

Dari segi pecahan jualan mengikut kawasan, wilayah tengah menyumbang 44& jualan, manakala wilayah selatan dan utara masing-masing menyumbang 17% dan 15%.

Warna White Orchid Pearl dilihat popular di kalangan pelanggan dengan mewakili 42% daripada keseluruhan jualan Civic.

Setakat bulan Jun, Honda Malaysia telah menerima lebih 6,500 tempahan untuk Civic. Tempoh menunggu untuk model tersebut adalah sebulan dan stok tersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Civic menampilkan enjin 1.5-liter VTEC Turbo yang menghasilkan 173 PS dan 220 Nm. Semua varian dilengkapi dengan enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Auto Brake Hold (ABH), sensor hadapan dan cagak ISOFIX.

Berikut adalah senarai harga bagi Civic selepas pengecualian cukai jualan:

Previous post

Volkswagen Tiguan Facelift Lebih Segak dan Canggih

Next post

Maserati Perkenal Enjin 'Nettuno' Untuk MC20

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *