Hibrid, Elektrik, Hidrogen

General Motors, Honda Jalin Kerjasama Bangunkan EV

General Motors dan Honda sepakat menjalinkan kerjasama bagi membangunkan dua buah kenderaan elektrik (EV) untuk jenama dari Jepun itu.

Kereta-kereta elektrik tersebut akan dibina berdasarkan platform global General Motors yang dikuasakan oleh bateri Ultium, manakala bahagian luaran dan dalaman akan direka sepenuhnya oleh Honda.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu juga, Honda akan menerapkan perkhidmatan keselamatan OnStar GM ke dalam kedua-dua EV tersebut dan mengintegrasikannya dengan HondaLink. Honda juga merancang untuk menawarkan teknologi bantuan pemandu bebas-tangan yang dibangunkan oleh GM.

Kedua-dua EV tersebut akan dipasang di kilang GM di Amerika Utara, manakala jualan akan bermula menjelang 2024 di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada.

Ini bukanlah kerjasama pertama antara General Motors dan Honda. Selain projek EV ini, kedua-dua syarikat itu juga terlibat dalam penghasilan sel bahan api dan Cruise Origin, sebuah kereta elektrik autonomi perkongsian yang diperkenalkan di San Francisco pada awal tahun ini. Selain itu, Honda turut menyertai usaha pembangunan modul bateri GM pada 2018.Honda turut menyertai usaha pembangunan modul bateri GM pada 2018

Previous post

Bagaimana Lelaki Mengendalikan Perintah Kawalan Pergerakan

Next post

Mazda Sambut Ulang Tahun ke-100 Dengan Model Edisi Istimewa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *