Berita Auto

COVID-19: Shell Malaysia Ambil Langkah Berjaga-jaga

Shell Malaysia terus komited untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan dan kakitangannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi tujuan itu, syarikat itu telah melaksanakan beberapa garis panduan bagi memastikan semua stesen Shell dalam keadaan selamat.

Dari segi sanitasi, kawasan sentuhan tinggi seperti pam petrol, nozel, dispenser udara, pemegang pintu, kawasan juruwang, jendela pembayaran, dispenser tisu, suis, paip dan singki akan dinyahkuman setiap jam.

Sementara itu, pelanggan Deli2go dan kedai Select hanya dibenarkan membungkus makanan sepanjang tempoh PKP. Pembasmian kuman di titik sentuhan termasuk mesin kopi, kaunter, penyepit makanan dan ruang makanan turut dilakukan setiap jam.

Kekerapan kerja pembersihan tandas kini ditingkatkan kepada setiap jam dengan langkah-langkah memastikan bekalan air dan sabun sentiasa ada. Selain itu, Shell turut meletakkan penanda penjarakan sosial di dalam kedai dan di jendela pembayaran.

Shell menggesa semua pelanggan untuk mengamalkan tabiat keselamatan seperti menggunakan cecair pembersih tangan dengan kerap semasa berada di stesennya.

Pelanggan juga diminta untuk menanggalkan sarung tangan atau plastik untuk mengelakkan kontak statik semasa mengisi minyak.

Previous post

10,000L Minyak Sawit Tumpah Di Lebuhraya Selepas Lori Bertembung

Next post

Ducati Jual 53,183 Unit Motosikal Pada 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *