Berita Auto

Aston Martin Perkenal Enjin V6 Turbo Baharu

Aston Martin telah mendedahkan perincian terkini mengenai enjin V6 baharu rekaannya yang bakal diperkenalkan pada 2022 menerusi Aston Martin Valhalla.

Diberi kod TM01 bersempena nama Tadek Marek, jurutera Aston Martin yang terkenal pada era 50an dan 60an, enjin itu telah menjalani beberapa siri ujian dyno. Ia merupakan enjin pertama yang dibangunkan oleh Aston Martin sejak 1968.

Enjin bersesaran 3.0 liter itu dipadankan dengan pengecas turbo dan sistem hibrid yang kini dalam fasa pembangunan. Jumlah kuasa dan tork belum didedahkan namun menurut Aston Martin, gabungan itu akan menjadikan TM01 enjin paling berkuasa dalam rangkaian modelnya.

Ini bermakna ia akan mempunyai lebih daripada 725 hp dan 900 Nm seperti yang dihasilkan oleh enjin 5.2-liter V12 di dalam DBS Superleggera.

Seperti biasa, enjin baharu itu akan diletakkan di belakang kabin pemandu. Ia dilengkapi dengan sistem ‘dry sump’ yang berfungsi untuk membekalkan pelinciran terbaik semasa pemanduan.

Selain itu, struktur ‘hot V’ yang digunapakai membolehkan berat dikekalkan tidak melebihi paras 200 kg. Walaupun sangat berkuasa, TM01 dikatakan mematuhi piawaian emisi Euro 7.

Previous post

Volkswagen Golf RS 450 Hasil Tangan Manhart

Next post

VIDEO: Jentera Litar 830 hp Lamborghini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *