Promosi / Tawaran / Peraduan

Nikmati Penjimatan Sehingga RM9,000 Dengan Promosi Varian Ford Ranger XLT

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan ‘Promosi Varian Ford Ranger XLT’ dengan tawaran penjimatan bagi XLT, XLT Plus dan XLT Edisi Khas.

Dari 1 Mac hingga 31 Mei 2020, pelanggan yang mahu membawa pulang Ranger XLT Plus dan Ranger XLT Edisi Khas boleh merebut peluang penjimatan masing-masing bernilai RM7,188 dan RM8,000. Sementara itu, penjimatan sebanyak RM9,000 ditawarkan untuk varian XLT.

“Barisan varian Ford Ranger XLT terus menarik minat pelbagai lapisan pelanggan kerana penampilannya sebagai trak pikap yang mantap dan lasak sesuai untuk melakukan kerja berat dan santai,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Dengan kuasa berjumlah 160 PS dan 385 Nm, Ranger XLT Plus sesuai untuk para pelanggan yang mahukan sesuatu yang lebih untuk kegunaan kerja lasak dan urusan peribadi, Untuk XLT Edisi Khas, ia hadir dengan skrin sentuh 9-inci dengan kamera undur dan juga fungsi Apple CarPlay/Android Auto, ‘tonneau cover’ dan pelekat bergaya.

Ranger XLT Plus menampilkan enjin 2.0L Single-Turbo yang dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik untuk menghasilkan 180 PS dan 420 Nm. Ia juga didatangkan dengan ciri-ciri keselesaan seperti sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin dan Easy Lift Tailgate.

Ranger XLT Edisi Khas didatangkan dalam dua warna – Arctic White dan Absolute Black, manakala Ranger XLT dan XLT Plus boleh didapati dalam warna Aluminium Metallic, Lightning Blue, Frozen White, Magnetic dan Absolute Black.

Previous post

Grand Tourer Polestar Precept 4 Pintu

Next post

Hyundai-Kia Mengembangkan Pemilihan Gear Prediktif Berdasarkan Data

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *