Berita Auto

Tempahan Perodua Bezza 2020 Dibuka

Seperti yang dijangka, Perodua secara rasminya mengumumkan bahawa tempahan untuk Bezza 2020 telah dibuka melalui kesemua 186 pusat jualannya di seluruh negara.

Dibangunkan berdasarkan maklum balas pelanggan, Bezza 2020 ditawarkan dalam varian 1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 V AV, berharga dari RM34,580 hingga RM49,980.

Dari segi penampilan, sedan itu hadir dengan rekaan gril dan bampar baharu, skirt sisi dwi-tona serta lampu hadapan LED yang didatangkan secara standard pada semua varian.

Varian X dan AV dilengkapi dengan rim aloi 15 inci manakala cermin sisi berkuasa boleh laras kini terdapat pada semua varian (boleh lipat pada AV).

Bezza kini boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu Garnet Red (varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey. Warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown masih ditawarkan.

Di dalam, terdapat meter kombinasi beriluminasi putih serta ciri kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, dan sensor sisi hadapan bagi varian X dan AV. Semua varian didatangkan dengan sensor undur; manakala kamera undur adalah untuk varian AV sahaja.

Selain itu, varian AV turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0. Ia membantu mengurangkan risiko pelanggaran menerusi ciri Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

Buka itu sahaja, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian AV kini boleh didapati pada varian X.

Previous post

Pemahaman Pembangunan Global Geely

Next post

Aston Martin Bakal Perkenal Sistem Kamera Pandang Belakang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *