Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Ajak Pemilik Sertai Sesi Ramah Mesra Sabtu Ini

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd Bhd (Modenas) akan menganjurkan satu acara khas untuk pemilik-pemilik ‘Street bike’ Modenas pada hari Sabtu, 19 Oktober 2019 dari jam 11 pagi hingga 5 petang. Acara ini yang dinamakan ‘Modenas Let’s Talk’ akan diadakan di Modenas Power Store yang baru saja dibuka di Kota Damansara.

Modenas Let's Talk

Antara aktiviti dan program menarik yang akan diadakan termasuk servis pemeriksaan motosikal percuma, sesi taklimat produk beserta perkongsian ilmu, sesi ramah mesra, soal jawab bersama pakar, permainan, dan juga acara cabutan bertuah yang menawarkan berbagai hadiah menarik seperti helmet muka penuh, kamera aksi, sarung tangan dan peralatan menunggang yang lain. Terdapat juga pertandingan Best-Dressed Rider dan motosikal custom yang terbuka kepada semua peserta.

Sesi hari Sabtu ini merupakan salah satu dari empat sesi ‘Modenas Let’s Talk’ yang akan diadakan di empat lokasi berlainan di seluruh negara sehingga bulan Disember tahun ini dengan kerjasama Bajaj Auto Limited. Acara seterusnya akan diumumkan di saluran media sosial termasuk laman rasmi Facebook serta Instagram Modenas.

Pendaftaran kini dibuka bagi sesi kawasan sentral yang akan berlangsung pada 19 Oktober ini dan anda boleh melakukannya secara dalam talian di pautan ini: Modenas Let’s Talk Central. Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemilik street bike yang lain dan mengenali jenama Modenas dengan lebih rapat lagi.

PHOTO-2019-10-16-10-51-36

Previous post

Adakah Ini Volkswagen Golf Semua Baharu?

Next post

Isuzu BluePower Bertemu Borneo Safari Buat Pertama Kalinya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *