Psst!

Adakah Ini Volkswagen Golf Semua Baharu?

Berikut adalah imej bocor Volkswagen Golf semua baharu 2020.

VW-Golf-2020_2

Volkswagen AG baru-baru ini mengumumkan tarikh keluaran generasi baru model Golf legenda pada 24 Oktober di Wolfsburg, Jerman.

Pada mulanya, Volkswagen merancang untuk melancarkan Golf baharu ini pada Februari 2019 dan kemudian dipindahkan ke September 2019 dan kini ia bersedia untuk dilancarkan dalam masa seminggu.

Golf semua baharu ini akan dilengkapi dengan lebih banyak ciri digital dan sambungan daripada yang ditemui dalam Volkswagen Golf  sebelumnya. Ia akan dipenuhi dengan lebih banyak inovasi dan juga akan mempunyai bahasa reka bentuk ekspresif yang berterusan dari generasi terdahulu.

BHP Banner

Sambungan

Dalam model baru, kekuatan yang menjadikan Golf yang paling laris secara global telah diperhalusi lagi. Di samping jajaran enjin yang cekap, penggantungan yang lebih baik menawarkan peningkatan dalam ketangkasan memandu. VW Golf yang baharu ini juga akan menjadi trendsetter dari segi kabinnya di mana terdapat ciri-ciri bantuan memandu.

Bahasa Reka Bentuk

Reka bentuk luaran VW Golf semua baharu ini akan menjadi lebih dinamik berbanding sebelum ini tetapi ia akan serta-merta dikenali sebagai Golf di setiap sudut.

Kabin

Di dalam VW Golf ini, akan ada papan pemuka yang benar-benar baharu yang akan kelihatan sama sekali berbeza daripada model Volkswagen semasa yang dijual. Warna-warna segar dan bahan-bahan  upholsteri kelas atas yang mengikuiti trend semasa akan digunakan dan kokpit digital semua-baharu yang digunakan oleh VW Group dalam semua modelnya akan digunakan dalam Golf ini.

VW juga memberitahu kami bahawa Golf baharu ini juga akan dijual dengan sistem pendorong hibrid ringan, yang akan berfungsi dengan sistem elektrik 48 V, untuk kali pertama dalam sejarah model. Kemungkinan besar ia akan ditawarkan sebagai standard di Eropah dan bukan untuk bahagian dunia kita.

Akan ada pelbagai enjin petrol dan juga versi hibrid plug-in yang dirancang dengan jarak memandu elektrik sehingga 80km.

Jualan Volkswagen Golf generasi baharu di Eropah akan bermula pada akhir bulan Februari tahun depan. VW Golf baharu ini akan muncul di pasaran Jerman dahulu dan kemudian di negara-negara Eropah yang lain diikuti versi panduan kanan untuk ASIA lewat 2020.

VW-Golf-2020_3

 

Previous post

PLUS Laksanakan Inisiatif Ujian Smartlane di NKVE Bermula 23 Oktober

Next post

Modenas Ajak Pemilik Sertai Sesi Ramah Mesra Sabtu Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *