Berita Auto

Perodua Menang Anugerah Jenama Putra Tiga Kali Berturut-Turut.

Anugerah Jenama Putra mengiktiraf jenama-jenama kegemaran Malaysia berdasarkan wawancara awam dan tahun ini melibatkan lebih 8,000 responden.

Perodua telah memenangi anugerah dalam sembilan daripada 10 tahun anugerah tersebut diadakan.

Perodua tersebut memenangi Emas pertamanya pada 2017 dan Emas keduanya pada 2018.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 28hb Sep: Perodua telah meraih Emas dalam kategori Automotif di Majlis Anugerah Jenama Putra 2019 yang berprestij semalam, menjadikannya tahun ketiga berturut-turut pengeluar kenderaan tersebut dinamakan sebagai salah satu jenama automotif kegemaran Malaysia.

“Kami berasa rendah diri dengan pengiktirafan rakyat Malaysia terhadap jenama kami. Pengiktirafan ini memotivasikan dan menggalakkan kami untuk bekerja lebih keras seiring dengan objektif utama kami, iaitu People First, yang mengutamakan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Menerima anugerah bagi pihak Perodua pada malam itu adalah Naib-Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim.

Perodua telah memenangi anugerah dalam sembilan daripada 10 tahun anugerah tersebut diadakan. Jenama tersebut memenangi Emas pertamanya pada 2017 dan Emas keduanya pada 2018.

“Perodua jauh lebih daripada sekadar sebuah syarikat kenderaan. Daripada pelbagai program dianjurkan merangkumi keselamatan, kesihatan, alam sekitar, pendidikan, belia, sukan dan aktiviti amal, kepada inisiatif-inisiatif kepuasan pelanggan serta pembangunan modal insan, para pembekal dan pengedar, kami ingin menjadi jenama yang mampu memberi kesan positif dan nyata kepada rakyat Malaysia,” ujar Dato’ Zainal.

Anugerah Jenama Putra mengiktiraf jenama-jenama kegemaran Malaysia berdasarkan wawancara awam, melibatkan lebih 8,000 responden unik tahun ini.

Dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), ia merupakan satu-satunya anugerah jenama di negara ini yang diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Acara ini disokong oleh Persatuan Digital Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persatuan Pakar Media.

Anugerah Jenama Putera 2

Previous post

9 Pemenang Bertuah Menang Sebuah Kereta Honda Setiap Satu

Next post

Land Rover Defender Mungkin Dijual Dengan Harga RM480,000 Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *