Berita Auto

Bugatti Chiron Catat Rekod Kelajuan 490.484 Km/j!

Bugatti secara rasminya menjadi pengeluar pertama yang memecahkan batasan kelajuan 300 bsj (482.8 km/j) dengan hypercar mereka iaitu Chiron.

Bugatti Chiron top speed

Menurut laporan Top Gear, pemandu uji Bugatti, Andy Wallace berjaya mencapai kelajuan 490.484 km/s (304.773 bsj) di litar Ehra-Lessien di Jerman pada 2 Ogos lalu. Rekod tersebut telah disahkan oleh Technical Inspection Association (TÜV).

Bugatti Chiron top speed

Dengan rekod kelajuan terbaru ini, Bugatti secara tidak langsung memintas pemegang-pemegang rekod sebelum ini iaitu SSC (412.28 km/j purata dua hala, 2007), Hennessey (435.311 km/j purata dua hala, 2013) dan Koenigsegg (457.939 km/j purata dua hala, 2017).

Jika anda perasan, Chiron yang digunakan ini kelihatan sedikit berbeza dengan versi standard. Ia sebenarnya sebuah prototaip yang dibangunkan dengan kerjasama Dallara (pengeluar casis dari Itali) dan Michelin sejak enam bulan lalu.

Bugatti Chiron top speed

Direka dengan tujuan untuk memecahkan rekod kelajuan, Chiron prototaip ini lebih panjang sebanyak 25 cm manakala spoiler dan airbrake pada bahagian belakang dibuang bagi tujuan mengurangkan daya seretan.

Berbeza dengan Chiron standard, unit prototaip ini dilengkapi dengan sistem suspensi dengan kawalan ketinggian laser. Ia juga mempunyai muncung ekzos bertindih seperti yang dilihat pada model edisi terhad Centodieci.

Bugatti Chiron top speed

Di dalam, tempat duduk penumpang serta pelbagai lagi komponen dikeluarkan bagi memberi ruang kepada sistem komputer, selain mengurangkan berat. Bugatti turut memasang tempat duduk keselamatan untuk pemandu dan juga roll cage.

Chiron prototaip ini dipacu oleh enjin quad-turbo 8.0-liter W16 yang telah ditala dengan kuasa berjumlah 1,578 hp. Apa yang menarik, transmisi automatik tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda dikekalkan standard.

Previous post

Cawangan 3S Baharu Proton Dibuka di Pulau Pinang

Next post

Mazda CX-5 2.5L Turbo AWD Bakal Dipamerkan Esok

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *