Berita Auto

Proton X70 Edisi Merdeka Dilancarkan – RM126,100

Proton telah melancarkan X70 Edisi Merdeka (EM) di pusat 4S Ming Heng Motor yang terletak di Setapak. Hanya 62 unit akan ditawarkan, bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62 pada 31 Ogos ini.

Proton X7 edisi merdeka

Berasaskan varian Premium, X70 EM boleh didapati dalam warna Flame Red dan Snow White, dengan kedua-duanya menampilkan warna Quartz Black pada bumbung dan tiang A. Visor pintu turut dipasang, berserta scuff plate pada bampar belakang dan lencana ‘Merdeka Edition’ pada tailgate sebagai penyudah.

Emblem

Di dalam, model edisi terhad ini mendapat alas kaki baharu, pelapik but serta lencana ‘Merdeka Edition’ lengkap dengan nombor siri pada papan pemuka. Kerusi dengan kulit Nappa, bumbung kaca serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang terdapat pada varian Premium sedia ada turut dilengkapkan pada model EM ini.

New trunk mat

“Proton X70 Edisi Merdeka ini merupakan hasrat Proton yang ingin meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kami amat berterima kasih di atas sokongan daripada pelanggan dan kerajaan Malaysia terhadap Proton, jadi melalui pengeluaran model Proton X70 edisi khas ini adalah cara Syarikat menunjukkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Proton X70 ME

Proton X70 Edisi Merdeka dijual pada harga RM126,100, mewakili peningkatan sebanyak RM2,300 jika dibandingkan dengan X70 Premium 2WD biasa.

New floor mat

Proton X70 ME (4)

Numbered emblem

Proton X70 ME Red (2)

Scuff plate

Proton X70 ME (7)

 

 

Previous post

UMW Toyota Motor Lancar Hilux 2.8 Black Edition

Next post

Geely Xing Yue Sports Coupe Untuk Segmen Premium

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *