Berita Auto

Hyundai i30 N Project C Bakal Gegar Segmen Hot Hatch

Hyundai nampaknya betul-betul serius ingin bersaing dalam segmen hot hatch yang didominasi oleh pengeluar-pengeluar dari Eropah dan Jepun. Buktinya, syarikat itu telah mengumumkan sebuah model edisi terhad yang dikenali sebagai i30 N Project C.

Hyundai i30 N Project C

Model ini akan membuat kemunculan sulung di Frankfurt Motor Show pada bulan hadapan. Hanya 600 unit akan dibina dan semuanya akan ditawarkan untuk pasaran Eropah sahaja.

Menurut Hyundai, model ini dinamakan bersempena dengan pusat ujian “Area C” yang terletak di Namyang, Korea Selatan. Ia dikatakan lebih ringan dan lebih responsif berbanding i30 N versi 275 PS.

hyundai-i30-n-project-c-teaser (1)

Sebahagian daripada pengurangan berat dicapai menerusi penggunaan komponen-komponen gentian karbon dan juga rim ‘motorsport’ berukuran 19 inci. Selain itu, aspek aerodinamik turut dipertingkatkan sekaligus menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.

Penambahbaikan yang dilakukan ini dijangka dapat mengurangkan masa pecutan 0-100 km/j dan meningkatkan kelajuan maksimum i30 N yang kini berada pada 6.1 saat dan 250 km/j.

hyundai-i30-n-project-c-teaser (2)

 

Previous post

5 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Memilih SUV Lebih Dari Sedan

Next post

Audi RS6 Avant Hadir Dengan 600 PS dan 800 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *