Berita Auto

Honda City Special Edition Tawar Lebih Nilai

Honda Malaysia telah mengumumkan kehadiran City Special Edition yang ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu White Orchid Pearl dan Passion Red Pearl.

Honda City Special Edition

Apa yang menarik tentang model edisi istimewa ini adalah kehadiran ciri-ciri tambahan iaitu perakam video digital (DVR), pembaca tol terbina dalam, visor pintu dan juga ‘trunk organiser’.

Photo 6

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Sebagai cara memberi lebih nilai kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong Honda Malaysia, kami mengambil keputusan untuk memperkenalkan City edisi istimewa dengan harga menarik bermula RM75,955 bersempena dengan kempen Road to 900,000th Unit Milestone kami.”

Photo 2

City merupakan penyumbang terbesar kepada jualan Honda Malaysia dengan 34% daripada jumlah jualan keseluruhan, sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu segmen dari Januari hingga Julai 2019. Wilayah tengah merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah jualan City dengan pecahan 50%, diikuti oleh Selatan dengan 20% dan Utara dengan 19% dalam tempoh yang sama.

Photo 3

City dikuasakan oleh enjin 1.5-liter i-VTEC yang dipadankan dengan CVT yang dibangunkan dengan teknologi Honda Earth Dreams. Dengan ruang but berkapasiti 536 liter, ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Photo 4

Ciri-ciri keselamatan yang disertakan termasuklah Anti-lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS) dan Electronic Brake Distribution (EBD).

Photo 5

Harga bagi City Special Edition bermula dari RM75,955 bagi Passion Red Pearl dan RM76,075 bagi White Orchid Pearl.

Previous post

Novitec Jadikan McLaren 720S Spider Lebih Berbisa

Next post

Pelancaran Subaru Forester Serba Baharu 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *