Cerita Auto

Ford Mustang Shelby GT350R Kini Dengan Komponen GT500

Ford telah memperkenalkan Mustang Shelby GT350R model tahun 2020 dan kali ini, jentera berprestasi tinggi itu didatangkan dengan komponen-komponen yang diambil dari Shelby GT500.

Ford Mustang GT350R

Bagi menghasilkan pengendalian yang lebih responsif dan tepat, geometri suspensi hadapan GT350R direka semula dengan ‘high-trail steering knuckle’. Ini dipadankan dengan rak stereng baharu dan sistem stereng kuasa elektrik yang dikalibrasi semula.

Ford turut memberi perhatian terhadap aspek pengurangan berat dengan membuang kerusi belakang dan menggunakan rim yang ditempa daripada gentian karbon. Turut disingkirkan adalah resonator ekzos. Ini bukan sahaja menjadikan GT350R lebih ringan malah bunyi yang dihasilkan juga lebih garang.

??????????????????????????

Bagi mereka yang ingin mengekalkan keselesaan, Ford menawarkan pakej Technology yang merangkumi beberapa kelengkapan tambahan seperti sistem audio Bang & Olufsen dengan 12 pembesar suara, Blind Spot Information System dengan Cross-Traffic Alert, Cobra Puddle Lamps dan sistem navigasi yang boleh diaktifkan dengan suara.

Penampilan GT350R juga diberi sentuhan segar menerusi splitter hadapan dan spoiler belakang yang lebih besar, angkup brek berwarna merah, lencana Shelby GT350R, jahitan merah pada bahagian dalaman serta stereng berbentuk D dengan penanda berwarna merah.

??????????????????????????

Seperti sebelum ini, GT350R kekal dengan enjin 5.2-liter V8 supercharged yang menjana 526 hp dan 582 Nm. Satu-satunya transmisi yang ditawarkan adalah manual enam kelajuan dan ini pastinya akan disambut baik oleh pencinta transmisi manual.

Previous post

Honda Civic Hatcback Facelift Dilancarkan di Amerika Syarikat

Next post

€8 Juta Bugatti Centodieci Habis Dijual Di Acara Pelancaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>