Berita Auto

Program MobilityPlus Sediakan Kereta Ganti Untuk Pemilik Mercedes-Benz

Mercedes-Benz Financial, sebuah jenama yang bernaung di bawah Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd, telah memperkenalkan program penggantian kereta yang dikenali sebagai MobilityPlus. Program ini adalah khas untuk pelanggan yang membiayai dengan Mercedes-Benz Financial.

BHP Banner Bonhams Auction

Secara asasnya, MobilityPlus membolehkan para pemilik kereta Mercedes-Benz mendapatkan kereta ganti sementara sekiranya kereta mereka perlu menjalani servis (termasuk tuntutan waranti) yang memerlukan 48 jam atau lebih.

Untuk lebih kemudahan, pelanggan boleh memilih lokasi penyerahan dan penghantaran kereta ganti tersebut. Ia akan disediakan dalam tempoh 24 jam selepas notis daripada pusat servis Mercedes-Benz yang bertauliah bagi pihak pelanggan.

MobilityPlus menawarkan tempoh kelayakan selama 20 hari setiap tahun tanpa sebarang kos tambahan. Program ini disediakan secara menyeluruh di seluruh negara termasuk Langkawi dan Labuan.

Mercedes-Benz-Certified-2-620x350

Ciri MobilityPlus juga akan dimasukkan ke dalam Agility Financing (untuk kereta baru) dan Young Star Agility Financing (untuk kereta terpakai yang diperakui oleh Mercedes-Benz).

Serentak dengan pelancaran MobilityPlus, perkhidmatan Hire Purchase Classic Financing kini dijenamakan semula sebagai FinanceCare. Produk pajakan baru iaitu Lease@Ease (Operating Lease + Service & Maintenance) akan turut diperkenalkan sebagai pelan penyelesaian pembayaran semua-dalam-satu.

Liputan MobilityPlus disediakan untuk tempoh dua tahun pertama FinanceCare dan Agility Solutions, untuk tempoh sehingga empat tahun bergantung kepada tempoh pajakan.

0001

 

Previous post

Rumah Lelong Bonhams Akan Menjual Koenigsegg One: 1 Yang Sangat Jarang

Next post

Lexus LS 500 Inspiration Series Penanda Aras Kemewahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *