Berita Auto

Mitsubishi Pajero Sport Facelift Tampil Lebih Garang

Mitsubishi Pajero Sport facelift telah diperkenalkan secara rasmi di Thailand. Seperti yang anda boleh lihat, SUV saiz pertengahan ini tampil dengan wajah ‘Dynamic Shield’ terbaru seperti yang terdapat pada Triton.

BHP Banner Jaguar XE SV Projek 8

Bagaimanapun perubahan yang ada pada model ini tidak terhad kepada reka bentuk sahaja. Ia turut mendapat beberapa kelengkapan baru seperti paparan meter LCD bersaiz 8 inci, skrin infotainmen Smartphone-Link Display Audio (SDA) 8 inci serta ciri Power Tailgate.

2020-mitsubishi-pajero-sport-facelift (2)

Apa yang menarik, Power Tailgate ini boleh dibuka atau ditutup secara kawalan jauh dengan menggunakan telefon pintar yang disambungkan dengan sistem Bluetooth kenderaan. Pemandu juga boleh membuka dan mengunci pintu melalui cara yang sama. Notifikasi akan dihantar ke telefon sekiranya kenderaan dibiarkan tidak berkunci.

2020-mitsubishi-pajero-sport-facelift (3)

Selain itu, Pajero Sport turut mendapat konsol lantai baru dan pemegang pintu dalaman yang lebih lembut, manakala ruang penyimpanan yang terletak di bawah konsol lantai kini boleh diakses dari sebelah kiri dan kanan. Terdapat juga outlet kuasa AC yang ditambah pada panel konsol belakang untuk kegunaan penumpang.

2020-mitsubishi-pajero-sport-facelift (4)

Pajero Sport menampilkan enjin turbodiesel 2.4-liter MIVEC yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Sistem Super-Select 4WD-II yang ditugaskan untuk memberikan tahap cengkaman yang tinggi bagi semua jenis permukaan dikekalkan.

2020-mitsubishi-pajero-sport-facelift (5)

Dari segi keselamatan pula, model ini mendapat dua ciri baharu iaitu Lane Change Assist (LCA) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

2020-mitsubishi-pajero-sport-facelift (1)

Dipasang di kilang Mitsubishi Motors (Thailand) di Laem Chabang, Pajero Sport baru akan dieksport ke 90 negara termasuk Filipina dan Australia.

Previous post

Kenderaan Peugeot Yang Dipasang di Malaysia Akan Dieksport ke Thailand

Next post

Raja-Raja 'AP' Dikekalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *