Bisnes

Kenderaan Peugeot Yang Dipasang di Malaysia Akan Dieksport ke Thailand

Peugeot telah mengumumkan pelantikan Belfort Automobiles (Thailand), anak syarikat Master Group Corporation (Asia) Co. Ltd., sebagai pengimport dan pengedar eksklusif kereta berjenama Peugeot di Thailand.

BHP Banner Jaguar XE SV Projek 8

Majlis tandatangan dijalankan di Kedutaan Perancis di Bangkok dan disaksikan oleh H.E. Jacques Lapouge, Duta Perancis ke Thailand.

Peugeot akan memperkenalkan sekurang-kurangnya lima model baharu di Thailand dalam masa beberapa tahun akan datang. Dua model SUV iaitu Peugeot 3008 dan 5008 akan menjadi model pertama yang memasuki pasaran negara itu.

Naza Automotive Manufacturing 1

Kedua-dua model tersebut dipasang di kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah. NAM merupakan usaha sama antara Naza Corporation Holdings dan Groupe PSA untuk mewujudkan hab pengeluaran pertama di rantau ASEAN bagi Groupe PSA.

Ini merupakan satu perkembangan positif bagi Groupe PSA di ASEAN di mana Peugeot kini beroperasi di 11 buah negara, serta bagi NAM yang telah mula mengeksport kenderaan ke Filipina dan diikuti oleh Thailand dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

 

Previous post

Jaguar XE SV Projek 8 Memecah Rekod Pusingan Nürburgring Nordschleife

Next post

Mitsubishi Pajero Sport Facelift Tampil Lebih Garang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *