Berita Auto

Pikap Mercedes X-Class Akan Dibersarakan

Berhenti menyimpan wang untuk membelinya, beli Raptor!

BHP Banner Mercedes X Class

Trak pikap Mercedes-Benz X-Class yang dilancarkan besar-besaran pada tahun 2017 kini dikhabarkan akan bersara kerana jualan yang tidak mengalakan di semua pasarannya dan dengan penekanan lebih banyak kepada SUV, syarikat induk jenama, Daimler, berusaha mengurangkan kos di tengah-tengah amaran keuntungan.Mercedes-Benz-X-Class-10

Mercedes-Benz melancarkan trak pikap X-Class untuk mengambil kesempatan dengan permintaan global yang semakin meningkat bagi trak pikap.Mercedes-Benz-X-Class-9

Sehingga kini jualan global Mercedes X-Class hanya berjumlah 16,700 unit yang datang dari pembeli di Eropah, Australia dan Afrika Selatan.Mercedes-Benz-X-Class-8

Pasaran Amerika Utara, di mana trak pikap menikmati jualan yang berkembang pesat tidak menjadi kerana pembeli di Amerika Utara mahukan trak pikap bersaiz besar.Mercedes-Benz-X-Class-6

Dengan harga yang diminta bermula dari  ‎€37,294 di Jerman, X-Class lebih mahal daripada Ford Ranger dan Mitsubishi Triton yang merupakan pemimpin pasaran.Mercedes-Benz-X-Class-5

Mercedes X-Class BUKAN 100% produk dalam rumah.Mercedes-Benz-X-Class-4

Ia adalah usaha sama dengan Nissan Renault di mana ia menggunakan platform yang sama seperti Nissan Navara dan Renault Alaskan dengan bingkai jenis tangga konvensional.Mercedes-Benz-X-Class-3

Ia dibina di kilang Nissan di Barcelona.

Mercedes-Benz-X-Class-2

 

 

Previous post

Eksport ASEAN Pertama Pusat Pengeluaran PSA Groupe di ASEAN, Pengilangan Automotif Naza

Next post

Honda Malaysia Lancar CR-V Mugen Edisi Terhad

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *