Berita Auto

Audi Q3 Sportback Hangatkan Saingan Segmen SUV Coupe

Segmen SUV bakal menjadi lebih meriah dengan kehadiran pesaing terbaru iaitu Audi Q3 Sportback. Secara asasnya, model terbaru dari Ingolstadt ini merupakan versi coupe kepada Q3, seperti mana Q8 adalah versi coupe kepada Q7.

BHP Banner BMW Z4

Dari segi dimensi, Q3 Sportback mempunyai ukuran 4,500 mm panjang, 1,556 mm tinggi dan 1,843 mm lebar. Ini menjadikannya 16 mm lebih panjang, 29 mm lebih rendah dan 6 mm lebih sempit berbanding Q3. Jarak roda pula kekal pada 2,680 mm, bermakna ruang kaki bagi penumpang belakang tidak terjejas.

audi-q3-sportback-2019 (5)

Sebagai sebuah varian coupe, Q3 Sportback mempunyai garis bumbung yang rendah pada bahagian belakang dan ini memberikannya profil sisi yang lebih dinamik. Jeriji Singleframe dengan corak honeycomb, lampu LED dan rim 17 inci adalah antara kelengkapan standard, manakala lampu Matrix LED dan rim sporty berukuran 18, 19 dan 20 inci ditawarkan secara pilihan.

audi-q3-sportback-2019 (3)

Rekaan ruang kabin tidak berubah, dengan panel instrumen digital berukuran 10.25 inci untuk pemandu dan skrin infotainment 10.1 inci yang terletak pada konsol tengah. Antara ciri baru yang ada pada model ini adalah perkhidmatan Car-to-X yang berupaya menjalankan pelbagai fungsi seperti mencari ruang parkir kosong, memberi maklumat tentang lokasi berbahaya serta memberi tahu bila lampu isyarat akan bertukar hijau.

audi-q3-sportback-2019 (2)

Bagi pasaran Eropah, Q3 Sportback akan ditawarkan dengan satu pilihan enjin petrol dan dua pilihan enjin diesel. Varian 45 TFSI quattro yang dikuasakan oleh enjin 2.0-liter merupakan varian paling berkuasa setakat ini dengan 230 hp, diikuti oleh varian 40 TDI quattro dengan 190 hp dan 35 TDI dengan 140 hp.

audi-q3-sportback-2019 (4)

Audi turut mengesahkan bahawa varian 35 TFSI akan menyusul tidak lama lagi, menampilkan gabungan enjin 1.5-liter dan sistem mild hybrid 48V. Varian 45 TFSI dan 40 TDI dilengkapi dengan transmisi automatik tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda quattro manakala varian 35 TDI mendapat transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan roda hadapan.

audi-q3-sportback-2019 (1)

Q3 Sportback menampilkan sistem suspensi yang sama dengan Q3, cuma ia turut mendapat sistem stereng dengan perisian terbaru dan nisbah boleh ubah bagi menghasilkan pengendalian yang lebih mudah. Pelanggan boleh menukar sistem gantungan standard dengan sistem gantungan sport tanpa sebarang kos tambahan atau untuk prestasi lebih tinggi, mereka juga boleh mendapatkan sistem gantungan adaptif.

 

Previous post

Chevrolet Corvette Stingray C8 Tampil Dengan Enjin di Tengah

Next post

Volkswagen Touareg One Million Rai Kejayaan Pengeluaran ke 1 Juta Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *