Berita Auto

9 Buah Kereta Honda Untuk Dimenangi

Honda Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘Road to 900,000th Unit Milestone’ bersempena dengan pencapaian jualannya yang bakal mencecah 900,000 unit pada suku ketiga tahun ini. Ia akan dijalankan dari 1 Ogos hingga 22 September 2019 di semua 90 pengedar Honda di seluruh negara.

BHP Banner Jangka Hayat

Sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia, Honda Malaysia menawarkan peluang untuk memenangi sembilan model Honda iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu mendaftar di laman web kempen di honda.com.my/microsite/900k atau di laman Facebook rasmi Honda Malaysia di https://www.facebook.com/hondamalaysia/.

???????????????????????????????

Seterusnya, mereka perlu pergi ke mana-mana wakil pengedar Honda Malaysia terdekat dan ambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan bagi mendapatkan tiket bagi melayakkan mereka untuk memenangi salah satu daripada sembilan buah kereta yang ditawarkan.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah mencari dan menangkap gambar logo kereta Honda yang tersembunyi, pandu uji atau servis kereta Honda di mana-mana pengedar sah Honda.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membuat tempahan atau mendaftar kereta Honda mereka sepanjang kempen ini berlangsung turut layak mendapat tiket tersebut. Lebih banyak tiket yang dikumpul, lebih tinggi tinggi peluang untuk menang.

 

Previous post

Evora GT - Model Lotus Paling Berkuasa di Amerika Utara

Next post

Fake News Proton Wira 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *