Konsep / Lakaran / Intipan

Fake News Proton Wira 2020

Rakyat Malaysia sekarang amat kreatif!

BHP Banner WIRA kayangan

Kami mempunyai pereka grafik hebat di Malaysia kerana kita sudah melihat selama bertahun-tahun pelbagai kenderaan yang direka semula. Dan sekarang, ini dia gambar-gambar yang dikongsi bersama, Proton Wira 2020 baharu dari Geely.Proton-Wira-Geely-2020_2

Kami sudah bertanya dengan orang yang berkenaan dan nampak gayanya gambar-gambar ini berasal dari seorang pereka yang sangat kreatif. Kami benar-benar berasa bahawa reka bentuk ini agak menarik dan mungkin Proton harus bercakap dengan Geely untuk menghidupkan semula nama WIRA dengan sebuah sedan untuk menyaingi pemimpin segmen seperti Toyota Vios dan Honda City.

Proton-Wira-Geely-2020_3

Geely boleh menggunakan sedan Bin Rui mereka yang sedia ada. Sedan sporty ini menggunakan reka bentuk yang lebih pantas berdasarkan konsep reka bentuk terbaru Geely iaitu “The Esthetic of Racing Through Space and Time.”Proton-Wira-Geely-2020_4

Bumbungnya mengalir ke ekor kereta, menurunkan rintangan angin dan menjadikan kereta itu lebih stabil dan dinamik. Intake udara yang berbentuk C, garisan tengah tinggi, dan dwi ekzos berbentuk berlian memberikan Bin Rui rasa pergerakan yang bergaya.Proton-Wira-Geely-2020_5

Bin Rui datang dengan tiga konfigurasi kuasa, G-Power 200T Engine + 6 kelajuan DCT, G-Power 14T Engine + CVT 8 kelajuan, dan G-Power 14T Engine + 6 kelajuan MT. Enjin G-Power 200T adalah enjin suntikan langsung 1.0 liter turbo yang mengeluarkan kuasa 100kW (134HP) dan tork 205N.m yang dipadankan dengan transmisi dual clutch Getrag 6 kelajuan generasi kedua.Proton-Wira-Geely-2020_6

Gabungan ini membolehkan Bin Rui mencapai penggunaan bahan api sebanyak 4.9L setiap 100km. Enjin G-Power 14T adalah enjin turbo 1.4L dengan 98kW (131 HP) dan tork 215N.m yang dipadankan dengan sama ada transmisi manual 6 kelajuan atau transmisi variable berterusan 8-kelajuan . Penggunaan bahan api dengan G-Power 14T hanya 5.7L setiap 100km.Proton-Wira-Geely-2020_7

Previous post

9 Buah Kereta Honda Untuk Dimenangi

Next post

Nikmati Kebebasan dan Fleksibiliti dengan Renault Subscription

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *