Cerita Auto

Mitsubishi Motors Buka Bilik Pameran 3S di Bintulu

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), bersama dengan Auto Pacifica Sdn Bhd selaku pengedar rasmi, telah merasmikan pembukaan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Bintulu, Sarawak.

BHP Banner Proton Vs Honda

Auto Pacifica merupakan bilik pameran Mitsubishi pertama di Sarawak yang menampilkan imej korporat terbaru jenama itu dengan slogan ‘Drive Your Ambition’. Ia beralamat di Lot No. 31 & 32, Bintulu City Mall Commercial Centre, Jalan Johari Sunam, Bintulu.

Dengan pelaburan bernilai setengah juta ringgit, pusat 3S berukuran 3,000 kaki persegi itu menempatkan ruang rehat pelanggan serta ruang servis yang lengkap dengan alat diagnostik dan peralatan khas untuk kenderaan Mitsubishi.

Facade of Auto Pacifica, Bintulu, Sarawak

“Mitsubishi Motors ditubuhkan pada Januari 2005 di Malaysia. Auto Pacifica menyertai keluarga Mitsubishi Motors empat tahun kemudian pada tahun 2009, jadi ini menandakan tahun kesepuluh kami sebagai rakan niaga!”

“Saya ingin berterima kasih kepada Auto Pacifica, ahli Samling Strategic Corporation Sdn Bhd, atas sokongannya yang berterusan, menjadikan Triton sebagai dua pilihan utama di Sarawak dengan perkongsian pasaran 20.9%,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia.

Management Team of MMM and AP during the ribbon cutting ceremony

Dengan pembukaan pusat 3S Auto Pacifica, MMM kini diwakili oleh 54 bilik pameran (48 daripadanya adalah pusat 3S) dan 55 outlet servis di seluruh Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, MMM diwakili oleh 15 bilik pameran (tujuh di Sarawak dan lapan di Sabah).

Previous post

Siapakah Yang Akan Untung Lebih 2019 Ini? Peniaga Proton Atau Honda?

Next post

MINI John Cooper Works GP Catat Masa Bawah 8 Minit di Nurburgring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *