Berita Auto

McLaren 720S Ride-On Khas Untuk Pemandu Cilik

McLaren telah memperkenalkan model terbaru dalam barisannya iaitu 720S ‘Ride-On’. Apa yang menjadikan model ini berbeza adalah ia hanya boleh dipandu oleh kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.

BHP Banner Daihatsu Copen

Walaupun ia hanya kereta mainan kanan-kanak, 720S Ride-On didatangkan dengan pelbagai elemen yang bakal menjadikan anak anda tumpuan ramai di taman permainan.

mclaren-720s-ride-on (2)

Misalnya, ia mempunyai pintu ‘dihedral’ yang dibuka ke atas, selain kemasan ala karbon dan reka bentuk asal 720S yang sememangnya menarik perhatian.

mclaren-720s-ride-on (1)

Lebih menarik lagi, ia turut mempunyai sistem infotainmen tersendiri lengkap dengan beberapa butang kawalan dan muzik kanak-kanak. Tetapi jika anak-anak anda mempunyai muzik pilihan masing-masing, port USB dan slot kad SD turut disertakan.

mclaren-720s-ride-on (3)

Seperti P1 Ride-On yang diperkenalkan pada 2016, 720S Ride-On digerakkan oleh sebuah motor elektrik yang dioperasikan menerusi pedal kaki. Apabila ia ditekan, bunyi ‘enjin’ akan dipancarkan melalui pembesar suara untuk pengalaman bermain yang lebih menyeronokkan. Bagaimanapun, ibu bapa masih boleh mengawal kereta ini secara autonomi menerusi alat kawalan jauh.

mclaren-720s-ride-on (4)

Dijual pada harga £315 (RM1,653), 720S Ride-On boleh didapati dalam warna Azores Orange, Belize Blue, Lantana Purple, Onyx Black, Mauvine Blue, Silica White, dan Saros Grey. Warna eksklusif Papaya Spark hanya akan ditawarkan bermula hujung tahun ini.

 

Previous post

Kenapa Tun Tinggalkan Daihatsu Copen Beliau Di HQ Proton?

Next post

Bentley Continental GT Convertible Number 1 Edition Terhad Kepada 100 Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *