Motosikal / Lain Lain Roda

KTM Malaysia Lancar 2 Model Baharu

KTM Malaysia secara rasminya mengumumkan ketibaan dua model baharu bagi pasaran tempatan iaitu 790 Adventure dan 1290 Super Duke GT.

BHP Banner Yayasan Naza

790 Adventure (RM78,800)

254855_LFA2607 wotr B flat790 Adventure 2019

Sebagai model dual purpose, 790 Adventure menggabungkan keselesaan dan prestasi perjalanan jarak jauh dengan kebolehan untuk ditunggang off-road.

MY19 KTM 790 Adventure-5

Ia menampilkan enjin LC8c berkapasiti 798cc silinder berkembar yang mampu menjana 94 hp dan 88 Nm. Tugas menyalurkan kuasa diserahkan kepada transmisi enam kelajuan yang turut mempunyai ciri PASC (Power Assist Slipper Clutch) yang membantu memudahkan gear semasa memecut dan membrek.

256879_PVW_0486 4 miwi B flat790 Adventure 2019

Menggunakan rangka molybdenum yang ringan dan kompak, model ini bukan sahaja mempunyai pengendalian sporty, tempat duduknya juga berada pada kedudukan yang rendah (850 mm) walaupun menggunakan roda bersaiz 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang.

MY19 KTM 790 Adventure-6

Sistem gantungan terdiri daripada fork terbalik WP bersaiz 43 mm dan penyerap hentak WP boleh laras. Fork tersebut dibantu oleh peredam stereng.

256862_LFA3042 miwi B flat790 Adventure 2019

Kelengkapan elektronik standard yang ada pada 790 Adventure termasuklah pendikit Ride-by-Wire (RbW), Motorcycle Traction Control (MTC, Cornering ABS, Offroad ABS dan Offroad Mode. Turut disertakan adalah paparan warna TFT dengan ciri integrasi telefon pintar.

1290 Super Duke GT (RM124,800)

244705_RSC1887 wotr B flat

Dilancarkan buat pertama kali pada 2016, motosikal sport-touring ini kini telah ditambahbaik supaya menjadi lebih lancar dengan prestasi yang diperhalusi.

245717_1290 SuperDuke GT MY19 Black 90-Right

Enjin LC8 V-Twin bersesaran 1,301 cc telah ditambahbaik menerusi kebuk resonator, injap inlet titanium dan pemetaan baharu. Walapun masih menghasilkan 173 hp dan 141 Nm, enjin ini mempunyai prestasi RPM julat rendah yang lebih baik dengan sebaran kuasa lebih sekata.

245731_1290 SuperDuke GT MY19 Orange Front-Right

Satu lagi perubahan adalah pada skrin TFT 6.5 inci, selain suis Cruise Control yang telah dialihkan ke sebelah kiri bar hendal. Selain itu, 1290 Super Duke GT turut didatangkan dengan sistem KTM Race On yang membolehkan ia dihidupkan dengan menggunakan kunci kawalan jauh.

245733_1290 SuperDuke GT MY19 Orange Rear-Right

Casisi model ini menampilkan sistem gantungan semi-aktif WP yang dikatakan paling canggih setakat ini. Ia mempunyai tiga kadar redaman iaitu Comfort, Street dan Sport.

244708_RSC1995 wotr B flat

Pelanggan boleh mendapatkan beberapa ciri tambahan seperti mod Track, serta Hill Hold Control (HHC) dan Motor Slip Regulation (MSR). Ciri Quickshifter+ dengan fungsi ‘auto blipping’ turut ditawarkan untuk penukaran gear yang lebih mudah.

Previous post

Niki Lauda Meninggal Dunia

Next post

Renault Megane RS Trophy-R Memecah Rekod Litar Nurburgring Sekali Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *