Takziah

Niki Lauda Meninggal Dunia

20 Mei 2019 adalah hari yang menyedihkan bagi seluruh dunia sukan permotoran. Lagenda Formula 1 iaitu Niki Lauda telah meninggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya di Vienna, Austria.

BHP Banner Yayasan Naza

Beliau dilaporkan mengalami masalah kesihatan sejak pertengahan tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pemindahan paru-paru pada Ogos 2018.

Lauda mula menempa namanya dalam sejarah sukan permotoran ketika era 1970an, memenangi beberapa perlumbaan (termasuk kejuaraan dunia pertamanya) bersama Ferrari sebelum mengalami kemalangan ngeri pada 1976 di Nurburgring.

image2.img_

Walaupun terbakar teruk, beliau kembali menyertai kejohanan dua perlumbaan selepas kemalangan tersebut. Peristiwa ini diceritakan semula dalam filem biografi Rush pada 2013.

Lebih mengagumkan lagi, Lauda berjaya menamatkan perlumbaan GP Itali di tempat keempat walaupun belum pulih sepenuhnya. Pada tahun 1977, beliau berjaya memenangi kejuaraan dunia kali kedua.

Beliau kemudiannya keluar dari Ferrari dan selepas dua musim bersama Brabham-Alfa Romeo, membuat keputusan untuk bersara dan membuka syarikat penerbangannya sendiri iaitu Lauda Air.

M39344

Lauda kembali ke kancah Formula 1 pada 1982, memenangi perlumbaan demi perlumbaan dengan McLaren. Beliau dan Alain Prost merupakan duo yang paling digeruni ketika pertengahan 1980an. Pada 1984, Lauda memenangi kejuaraan dunia yang ketiga dengan perbezaan setengah mata di hadapan Prost.

Selepas persaraan kedua pada 1985, Lauda kembali menyertai Formula 1 dengan menggalas tugas sebagai pengurus dan perunding bermula dengan Ferrari pada 1993, diikuti oleh Jaguar pada 2001. Tugas terakhirnya adalah bersama pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 pada 2012, bersama dengan Toto Wolff.

Previous post

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin Melawat Wad Kanser Kanak-Kanak dan Rumah Orang Tua Bersempena Bulan Ramadhan Ini

Next post

KTM Malaysia Lancar 2 Model Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *