Cerita Auto

Honda CR-V, City dan Jazz Kini Dalam Warna Passion Red Pearl

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tiga model CKD-nya iaitu Jazz, City dan CR-V kini ditawarkan dalam warna baharu iaitu Passion Red Pearl.

BHP Banner

Warna Passion Red Pearl diperkenalkan buat pertama kali pada awal tahun ini pada model HR-V facelift. Ia terbukti popular di kalangan pelanggan Honda dengan 30% daripada jumlah HR-V yang dijual adalah dalam warna tersebut.

Kedatangan warna baharu ini turut menggantikan warna Carnival Red bagi Jazz, Dark Ruby Red bagi City dan Obsidian Blue Pearl bagi CR-V. Bagaimanapun, warna ini tidak ditawarkan pada Jazz dan City hibrid.

Photo 1 (3)

“Dengan pengenalan warna baharu ini, Jazz akan memancarkan personaliti muda sementara City nampak bertenaga dan CR-V tampil lebih bergaya. Kami percaya ketiga-tiga model popular akan kelihatan sesuai dengan warna yang bersemengat untuk gaya hidup versatil pemiliknya,” kata pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Dari segi prestasi jualan, Jazz, City dan CR-V menyumbang 62% kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia antara Januari dan April 2019. City mencatat sumbangan tertinggi dengan 34% daripada jumlah jualan keseluruhan, manakala Jazz mencatat 12% dan CR-V mencatat 15%.

Photo 2 (3)

Honda Malaysia menjual lebih 28,000 unit kenderaan dalam tempoh tersebut dengan pegangan pasaran sebanyak 15%, sekaligus mengekalkan kedudukan no. 1 sebagai jenama bukan nasional dan no. 2 dalam jumlah keseluruhan industri (TIV).

 

Previous post

Subaru Levorg Kini Dengan 2 Model Edisi Istimewa

Next post

Free Malaysia Today Siar Artikel Kenderaan Tahunan VOTY 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *