Berita Auto

Aston Martin DBS Superleggera Berinspirasikan James Bond

Kerjasama antara Aston Martin dan EON Productions, syarikat yang menerbitkan siri filem James Bond bersama Metro Goldwyn Mayer Studios bakal menjadikan DBS Superleggera sebagai kereta terbaru yang diinspirasikan oleh filem tersebut.

BHP Banner Stinger GTS

Bersempena dengan ulang tahun ke-50 filem On Her Majesty’s Secret Service, Aston Martin mengumumkan bahawa ia akan menawarkan 50 unit DBS Superleggera edisi terhad. Setiap satu akan dijual pada harga £300,007 (RM1.6 juta).

aston-martin-dbs-superleggera-on-her-majesty-s-secret-service (5)

Model ini menampilkan warna Olive Green yang menyerupai model DBS tahun 1969 yang dipandu oleh James Bond dalam filem tersebut. Ia juga mempunyai rekaan jeriji hadapan yang sama dengan jentera klasik itu.

aston-martin-dbs-superleggera-on-her-majesty-s-secret-service (2)

Selain itu, bahagian luaran model ini turut diperkemaskan dengan aksesori gentian karbon, lencana khas pada bahagian sisi dan rim tempaan.

aston-martin-dbs-superleggera-on-her-majesty-s-secret-service (3)

Bahagian kabin pula dihiasi dengan gabungan upholsteri kulit dan Alcantara, serta perincian berwarna merah pada tempat duduk, panel pintu, paddle shifter dan bahagian dalam ruang simpanan konsol tengah. Pelanggan juga boleh mendapatkan bekas minuman (drink case) eksklusif yang boleh dimuatkan ke dalam ruang but.

aston-martin-dbs-superleggera-on-her-majesty-s-secret-service (1)

DBS Superleggera adalah antara model Aston Martin paling berkuasa setakat ini, dengan 725 PS dan 900 Nm yang dibekalkan oleh enjin 5.2-liter twin turbo V12.

 

Previous post

Toyota Supra Matte Storm Grey Untuk 24 Pelanggan Bertuah

Next post

Pam Minyak Di BHPetrol Dan Anda Berpeluang Menang Percutian!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *